ALKOHOL PADA WANGIAN
SOALAN :
Berikut masalah najis alkohol yang dicampur pada minyak wangi itu adakah pendapat dimaafkan penggunaannya?
JAWAPAN :
Alkohol yang dicampur dalam pembuatan minyak wangi jika dibuat dari bahan yang suci maka hukumnya adalah suci tidak najis.
Manakala minyak wangi yang dicampur dengan alcohol yang najis maka sebahagian ulamak mengharuskan pengunaannya dan ia termasuk najis yang dimaafkan.
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :
من المعفوّات المائعات النجسة التي تضاف الي الأدوية و الروائح العطرة لاصلاحها فانه يعفى عن القدر الذي به الاصلاح.
Artinya : “Setengah daripada cairan yang dimaafkan ialah cairan najis yang dicampurkan kepada ubat-ubatan dan minyak wangi kerana mengelokkan pembuatannya maka sungguhnya dimaafkan ia dari kadar yang diperlukan untuk pembuatannya.” (Kitab Al-Fiqh Ala Mazahibil Arba’ah)
Maksud dimaafkan penggunaannya itu ialah harus dipakai akan dia di dalam sembahyang.
Akan tetapi jika rasa ragu tentang kesuciannya maka yang eloknya ialah tidak memakainya ketika sembahyang.
Rasulullah saw bersabda :
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Artinya : “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu.” (Hadith riwayat Tirmizi)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
0 Comments