Berikut adalah ketetapan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Negeri Sabah, semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
A. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan
1. Masjid dan Surau ditutup berkuatkuasa mulai 7 Oktober 2020/19 Safar 1442 (Rabu) sehingga 16 Oktober 2020/28 Safar 1442H.
2. Aktiviti dan program di masjid dan surau ditangguhkan, termasuklah solat berjemaah adalah tidak dibenarkan kecuali untuk melaungkan azan pada lima waktu solat.
3. Muazzin hendaklah melaungkan azan dengan menambah lafaz “
“ sebagaimana dalam garis panduan yang lalu dan memaklumkan masyarakat Islam dengan ucapan “Solatlah di rumah-rumah kamu” selepas azan supaya dapat difahami maksudnya oleh masyarakat Islam yang berada di sekitarnya.
4. Solat Jumaat tidak dibenarkan diadakan pada 9 Oktober 2020/21 Safar 1442H dan 16 Oktober 2020/28 Safar 1442H. Oleh yang demikian, ahli kariah wajib melaksanakan solat fardhu Zuhur di kediaman atau tempat masing-masing pada masa solat Jumaat yang tersebut.
5. Semua orang Islam hendaklah mematuhi nasihat dan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib.
6. Tempoh pelanjutan dan sebaliknya akan mengambil kira nasihat kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
B. Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negeri Sabah
1. Semua Masjid dan Surau yang berada dalam zon merah adalah ditutup dan mengikut ketetapan yang tersebut di atas sehingga 16 Oktober 2020/28 Safar 1442H.
2. Semua Masjid dan Surau yang berada dalam zon kuning dan hijau dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dan solat berjemaah lima waktu mengikut ketetapan berikut:
a. Bilangan ahli jemaah solat Jumaat yang dibenarkan adalah 40 orang dan jemaah solat lima waktu adalah 12 orang.
b. Bilangan ini termasuk Ajk masjid, Imam dan Khatib.
3. Aktiviti dan program di masjid dan surau ditangguhkan sepanjang tempoh masjid dan surau ditutup.
“Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta, dan penyakit-penyakit yang buruk.”
Sumber: Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Negeri Sabah 6 Oktober 2020M/ 18 Safar 1442H
Imej : Masjid Negeri Sabah
Doa Kesejahteraan Dan Keselamatan Daripada Segala Wabak Penyakit
0 Comments