Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) yang diumumkan oleh Dato' Sri Ismail bin Yaakob Menteri Kanan (Keselamatan) juga Menteri Pertahankan yang dilaksanakan di Daerah/ Kawasan Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna Sabah pada 28.09.2020.
Berikut adalah masa operasi aktiviti yang dibenarkan dan aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPBD:-
1. Hanya perniagaan perkhidmatan perlu (essential services) DIBENARKAN.
2. Perniagaan bukan perkhidmatan perlu (non-essential services) hendaklah DITUTUP.
3. Restoran kedai/ gerai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka 6.00 pagi - 6.00 petang.
4. Pembelian makanan > kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take away sahaja. Dine in tidak dibenarkan.
5. Stesen minyak masa operasi 6.00 pagi - 6.00 Petang.
6. Pasar Harian masa operasi 6.00 pagi - 2.00 petang.
7. Pasar malam, tamu, pasar borong dan pasar tani tidak dibenarkan.
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau & Jabatan Penerangan Sabah/ Malaysia
0 Comments