Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yg ada di dalam Raudhah.. Tiang2 ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang2 ini ada kisah2 yg hebat disebaliknya..
Antara Tiang tersebut ialah:-
1. Tiang Sarir-
Tiang ini ialah tiang dimana suatu masa dahulu adalah tiang dimana tempat Nabi Muhammad berehat dan disini dahulu ada pangkin dimana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.
2. Tiang Ali / Tiang Pengawal-
Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.
3. Tiang Wufud (Deligasi) -
Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yg datang ke Madinah utk berjumpa dgn Baginda.
4. Tiang Aishah -
Tiang ni sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dlm Raudhah, cubalah utk bersolat di tepi atau belakang tiang ni.. mintak doa byk2..
5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)
Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yg telah melakukan kesilapan dgn berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.
6. Tiang Muhallaqah -
Tiang ni dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dgn batang pokok yg baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, "hang akan kekal dgn aku di syurga dgn batang pokok macam ni" barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dgn tiang yg baru. Tiang ini juga dikenali dgn tiang wangi.
7. Mehrab Nabi -
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab ini lah nabi gunakan utk solat berjemaah bersama sahabat2 beliau.. kalau tuan2 berpeluang masuk ke dalam Raudah cuba lah utk solat betui2 depan mehrab ini, tuan2 seolah2 telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu'ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Saya sharekan maklumat ni kepada semu..kadang2 jemaah masuk Raudhah depa x tahu nak tuju utk solat dan berdoa di tempat2 yang mustajab utk berdo, asalkan masuk Raudhah solat ja kat mana yg boleh..so, skrg da tahu la port mana yg nak ditujui..
Tulisan ini, sy buat adalah juga bertujuan utk rujukan saya semasa bawa jemaah mengerjakan umrah..
Kridet FB Azrul zabani
0 Comments