MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ziarah Kubur Hari Jumaat

 


ZIARAH KUBUR HARI JUMAAT


SOALAN :


Benarkah dikata setengah orang ziarah kubur hanya sunat pada hari jumaat sahaja?


JAWAPAN :


Bermula ziarah kubur itu disunatkan dengan ijmak ulamak pada setiap hari yakni pada setiap hari disunatkan ziarahnya.


Ada pun pada lebih kuat disunatkan ziarah kubur pada hari jumaat itu maka berlaku perselisihan ulamak mazhab padanya.


Berkata ulamak mazhab Hanafi dan Maliki lebih disunatkan ziarah pada hari jumaat manakala ulamak mazhab Syafie berkata lebih disunatkan ialah pada petang hari khamis sehinggalah pagi hari sabtu.


Berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Jaziri :


زيارة القبور مندوبة للاتعاظ وتذكر الآخرة، وتتأكد يوم الجمعة، ويوماً قبلها، ويوماً بعدها، عند الحنفية، والمالكية، وخالف الحنابلة، والشافعية. الحنابلة قالوا: لا تتأكد الزيارة في يوم دون يوم. الشافعية قالوا: تتأكد من عصر يوم الخميس إلى طلوع شمس يوم السبت. وهذا قول راجح عند المالكية.


Artinya : “Bermula ziarah kubur itu disunatkan kerana mengambil pengajaran dan mengingatkan kepada hari akhirat. Dan bersangatan lagi dituntut pada hari jumaat yaitu sehari sebelumnya dan sehari selepasnya di sisi mazhab Hanafi dan Maliki dan telah bersalahan oleh mazhab Hanbali dan Syafie yaitu ulamak mazhab Hanbali berkata dengan tiada kelebihan satu hari atas hari yang lain dan ulamak mazhab Syafie berkata lebih disunatkan ziarah itu mula dari waktu asar hari khamis hinggalah naik matahari hari sabtu dan inilah pendapat yang kuat dalam mazhab Maliki.” (Kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah)


wallahua’lam 

ustaz azhar idrus


Kridet: ustaz azhar idrus


Post a Comment

0 Comments