Teka teki berhubung jawatan Ketua Menteri Sabah hari ini terjawab apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Y.A.B Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Mohd. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Perkembangan ini didokong dengan penyerahan surat jemputan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Bilik Kunjungan Istana Negeri Kota Kinabalu petang tadi.
Dijangkakan beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada pagi esok (29.09.2020) jam 10.00 pagi dan berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri.
Y.A.B Datuk Seri Panglima
Hj. Hajiji Hj. Mohd. Noor adalah Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.
Sumber: Berita Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia & Infografik Jabatan Penerangan Malaysia & WhatsApp
0 Comments