Model SUV PROTON yang dinanti-nantikan sudah mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim. Pengerusi PROTON, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, juga mengesahkan bahawa selaras dengan penamaan SUV PROTON X70, SUV segmen-B baharu ini akan diberi nama PROTON X50.
PROTON X50 adalah kenderaan kedua yang dilancarkan hasil dari perkongsian teknologi antara PROTON dan Geely. Dibina atas platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang juga digunakan oleh produk Geely dan Volvo, ia juga menggunakan enjin turbo, kotak gear DCT tujuh-kelajuan dan sistem bantuan pemandu generasi baru.
Sempena dengan Hari Malaysia, PROTON juga mengumumkan bahawa pelanggan yang ingin menempah PROTON X50 boleh berbuat demikian di semua bilik pameran PROTON dengan bayaran RM500 mulai 16 September.
Sumber: protoncars
0 Comments