MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengiraan Zakat Pendapatan

 


Zakat pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional seperti gaji, upah, bonus, elaun, insentif, pampasan, graduiti dan apa-apa sahaja yang menghasil pendapatan.


Sama ada kita bekerja sendiri atau bersama majikan, diperolehi waktu kita bekerja, berhenti atau termasuk pada masa kini ramai yang diberhentikan kerja dan diberikan VSS / MSS. Semua ini adalah perolehan kepada harta yang wajib untuk dizakatkan.


Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu,”(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)


Oleh itu, ayuh kita semak dan tunaikan zakat agar ia memberi keberkatan bukan sahaja di dunia bahkan keuntungan di akhirat kelak.


Tunai zakat pendapatan anda sekarang melalui Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB), portal zakat.com.my atau 11 kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan.


ZakatPendapatan

TunaikanZakatBersamaPPZMAIWP

PusatPungutanZakat

PPZMAIWP

ZakatWilayah

MemudahkanAndaBerzakat


********

📌 Hantaran ini adalah usahasama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (@pusatpungutanzakat)


Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan  menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada pada ruang lingkup dan bidang kuasa negeri yang tertakluk di bawah pihak berkuasa agama negeri. Justeru, warganet disarankan merujuk kepada pihak berkuasa negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.


Sumber: Pusat Pungutan Zakat MAIWP &  drzulkifi.albakri Instagram


Cc: drzulkifi.albakri

Post a Comment

0 Comments