[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEMANDU CAMRY LANGGAR LARI DIREMAN HARI INI
Kuantan, 1 September 2020 - Pemandu kereta Toyota Camry berwarna putih yang menggunakan laluan kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sekitar jam 3 petang semalam ditahan polis dan akan direman hari ini.
Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya berjaya mengesan dan menangkap suspek berusia 37 tahun itu di Balai Polis Gombak kira-kira jam 6.50 petang.
Menurutnya, perintah tahanan reman akan dilaksanakan hari ini di Ibu Pejabat Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.
“Kita akan ambil, buat laporan tangkap dan pohon reman esok (hari ini) di IPD Bentong," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.
Sumber: Sinar Harian & PDRM
0 Comments