TIDAK TAHU BAHAGIAN MANA PAKAIAN KENA NAJIS
SOALAN :
Kalau pakaian kita terkena najis bolehkah kita basuh bahagian yang kena najis sahaja?
Kalau tidak pasti bahagian mana yang kena najis bagaimana cara membasuhnya?
JAWAPAN :
Jika kena najis pada sehelai pakaian dan diketahui tempat kena najis itu maka harus dibasuh akan tempat yang kena najis itu sahaja.
Akan tetapi jika tidak ingat pada tempat mana yang kena najis pada pakaian tersebut nescaya wajiblah dibasuh akan semua bahagian pakaian tersebut.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
ولو تنجس بعض بدنه أو ثوبه" بغير معفو عنه "وجهله" بأن لم يدر محله فيه "وجب غسل جميعه" لأن ما بقي منه جزء فالأصل بقاء النجاسة فيه هو مؤثر في الصلاة لأن لا بد فيها من ظن الطهارة
Artinya : “Dan jikalau ternajis sebahagian badannya atau pakaiannya dengan najis yang tidak dimaaf dan tiada dia tahu akan tempat kena najis padanya nescaya wajib membasuh semuanya kerana sungguhnya apa yang tinggal daripadanya satu juzuk. Maka yang asalnya kekal najis padanya yang ia memberi kesan pada solat kerana tidak dapat tiada daripadanya dari sangkakan suci.” (Kitab Minhajul Qawwim)
Maksudnya jika tidak tahu bahagian mana pakaian yang kena najis itu jika dibasuh sebahagian tempat sahaja maka mungkin lagi bahagian yang sebenarnya kena najis tidak terbasuh yang akan memberi kesan kepada sahnya solat dari kerana syarat sahnya ialah suci badan dan pakaian dengan yakin.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
0 Comments