MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mandalipau White Water View & Fish Pond



Mandalipau nama bagi sebuah kampung yang terletak di Daerah Papar. Mandalipau sebagai Eko Pelancongan dikenali dengan nama Mandalipau White Water View & Fish Pond bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan (S.K) Mandalipau.



Untuk ke Mandalipau White Water View & Fish Pond melalui jalan utama lama Papar - Kota Kinabalu. Sebelum sampai ke destinasi yang dituju anda akan melimpasi Kem PLKN Ovai dan melintasi sebuah jambatan serta papan petunjuk arah seperti di gambar bawah.




Papan tanda arah yang dipaparkan memudahkan untuk sampai ke Mandalipau White Water View & Fish Pond.




Akhirnya sampai ke Mandalipau White Water View & Fish Pond.


Bagi Dewasa dikenakan yuran kemasukan RM3 dan Kanak-Kanak RM2 setiap seorang. Warga Emas (Pencen) dan berumur 60 tahun ke atas serta Bayi adalah Percuma.

Manakala bukan warganegara Dewasa (Adult) dikenakan yuran kemasukan RM8 dan Kanak-Kanak (Children) RM6.

Masa operasi setiap Isnin - Ahad, jam 8.30 (am) pagi Sehingga jam 5 petang (pm).



Kawasan parkir kenderaan yang mempunyai ruang yang mencukupi di hadapan pintu masuk utama Mandalipau White Water View & Fish Pond memberikan keselesaan kepada pelawat/ pengunjung.



Bagi mereka yang ingin membawa ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan berkumpulan adalah sangat sesuai untuk beriadah, mandi manda serta melakukan aktiviti-aktiviti sosial bersama disini adalah salah satu tempat yang anda perlu cuba.







Sememangnya pelawat/ pengunjung datang ke sini untuk mandi manda, melihat air di depan mata yang jernih dan terasa sejuk disamping deruhan air bersama bunyi desiran angin sepoi yang meniup daun-daun merasakan sungguh nyaman dan merehatkan minda membuatkan diri menikmati mandi dengan selesa dan santai.









Setiap satu  canopy berwarna biru dikenakan yuran RM15 dan pondok berzink dikenakan yuran RM30 sekiranya ingin menggunakannya. Setiap canopy dan pondok disediakan ruangan untuk membakar ayam/ikan, namun pondok disediakan air paip dan ruangan yang lebih besar sedikit sesuai dengan harganya yang lebih mahal berbanding canopy.


Aspek keselamatan sangatlah dititik beratkan tanggungjawab tersebut terletak dibahu ibu bapa dan diri masing-masing, walaupun pihak pengurusan ada menyediakan jaket keselamatan untuk mandi dengan sewa RM5 bagi setiap penggunaan jaket keselamatan mandi tersebut.



Seusai mandi manda bagi mereka yang ingin menggunakan bilik persalinan juga ada disediakan.




Jambatan Gantung jelas kelihatan di depan pintu masuk utama, bagi mereka yang ingin mencuba menggunakan Jambatan Gantung dan tidak gayat  jangan lepaskan peluang ini. 



Pemandangan melalui Jambatan Gantung memberikan kepuasan melihat alam sekelilingnya kerana pemandangan yang jelas dan kehijuan bersama air yang mengalir menuju ke hilir.







Sekiranya anda ingin menginap di sini semalaman juga ada Chalet disediakan. D' Rose Chalet menawarkan harga  kos rendah RM135 sebilik, gambar di bawah mempunyai no handphone untuk dihubungi pastikan hubungi untuk membuat tempahan dahulu sebelum ke sini sekiranya merancang menginap semalaman.



D' Rose Chalet terletak di luar Kaunter Pembayaran, Chalet ada juga disediakan di dalam kawasan Mandalipau White Water View & Fish Pond namun harganya lebih mahal iaitu RM300++.


Semoga bermanfaat Informasi yang di coretkan di dalam penulisan ini.


Terima kasih kepada pembaca yang sudi melayari mywilayah.com 


Sumber: Admin


Post a Comment

0 Comments