MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hebatnya Doa

 


The Power Of Doa. 

Sharing dari @neelofa dan @profmuhayaofficial


Bangun Awal Pagi🌄

1- Naelofa adalah orang yang suka bangun pagi. Sejak dari kecil lagi dia suka bangun awal pagi. Sekarang juga masih sama, cuma bezanya sekarang setiap pagi dia meluangkan masa khas untuk 'berduaan' dengan Allah.


2- Dulu beliau berkejaran untuk urusan bisnes dan shooting seawal pagi. Kini beliau memilih untuk mula bekerja pada pukul 10 pagi agar beliau punyai masa untuk berlamaan dalam solat, zikir, belajar ilmu agama dan rutin-rutin yang mengisi hatinya dengan agama.


Makanan dan Pemakaian🍛👘

3- Naelofa ada kongsikan, antara sebab doa kita tidak dimakbulkan segera adalah kerana pemakaian dan pemakanan.


4- Pemakaian kita yang tidak patuh syariah boleh jadi sebab mengapa doa kita lambat kita dapat. Patuhi cara pemakaian yang telah Allah gariskan, barulah kehidupan kita menjadi bertambah berkat.


5- Selain pemakaian, pemakanan juga adalah sangat penting. Apa yang kita makan haruslah halalan toyyiban. Kerana makanan yang masuk ke mulut kita itu akan jadi darah daging. Jadi bagaimana doa nak diangkat jika ada mengalir di dalam diri kita perkara haram dan shubhah.


Mendoakan Orang lain🤲

6- Naelofa katakan, beliau sering mendoakan orang lain dalam setiap doanya termasuk buat peminatnya. Ini antara sebab mengapa naelofa sangat disayangi oleh semua orang. Mendoakan orang lain sebagai tanda kita menyayangi tanpa syarat.


7- Di akhir live tersebut, Naelofa katakan bahawa impiannya ingin belajar mendalami Al Quran dan berkongsi tentang bahan bacaan yang dibacanya. Beliau rasa lebih tenang dan damai dengan apa yang sedang dia lakukan sekarang. Dan akan sentiasa mencari ilmu.


8- Tambah beliau, beliau tak takut jika tindakannya berubah jadi lebih mendekati agama ini akan membuatkan populariti serta pendapatannya terganggu. Kerana beliau yakin, Allah sentiasa ada di sisinya. Rezeki itu datang dari Allah.


9- MasyaAllah, mun sangat terinspirasi dengan Naelofa.  Apabila kita mula mendalami agama, dan mengejar cinta Allah, segala isi bumi ini akan jadi sangat mudah untuk kita. Yang penting tawakal kita itu solid hanya pada Allah.


Percayalah.


Kredit : Siti Munirah

Mengejar cinta

Post a Comment

0 Comments