MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Floating Coral Bar, Pitas

 


Floating Coral Bar, Pitas merupakan kawasan timbunan batu karang yang telah mati atau juga dikenali dengan batu timbul, terbina secara semula jadi sejak beratus tahun lalu.



Terletak di Pitas mengambil masa 3 - 4 jam perjalanan mengambil kira laluan trafik dan pemanduan secara berhemah sekiranya perjalanan bermula dari Kota Kinabalu.



Walaupun terletak di Pitas namun untuk ke Floating  Coral Bar, Pitas hendaklah melalui Jeti Marina, Kudat dan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Floating  Coral Bar, Pitas.



Pemandangan sekitar  Floating Coral Bar ini sangat memuaskan mata memandang bersama air laut yang jernih, batu karang yang telah mati di samping anak-anak ikan yang sedang berenang.


Antara aktiviti yang disediakan ialah kayaking,  Snorkelling, Floating Carpet & Stand Up paddle dan makan atas laut.


Sekiranya anda berpeluang ke Pitas Bay View jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati keindahan pemandangan sekelilingnya.


Kridet: Tourism Malaysia Official Blog, @sabahanlady & Google Map


Post a Comment

0 Comments