اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat penakut dan kikir, dari lilitan hutang dan penindasan orang.
Doa di atas adalah untuk dipermudahkan mengatasi masalah yang menimpa diri dalam:-
1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Tidak ada keyakinan diri
5) kerap ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.
Doa ni mustajab Insya-Allah, cuma ramai yang tak tahu cara mengamalkannya
Cara mengamalkan doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.
Semoga bermanfaat dan menjadi amalan kepada kita semua.
Kridet: ceramahustazustazah
0 Comments