BILANGAN RAKAAT SOLAT DHUHA
SOALAN :
Saya nak tanya pasal sembahyang duha berapakah rakaatnya yang paling banyak berapa boleh kita buat?
Kalau kita sembahyang duha empat rakaat boleh atau tidak kita buat sekali salam saja?
JAWAPAN :
Sembahyang sunat dhuha itu sekurangnya dua rakaat dan menurut pendapat yang muktamad jumlah rakaat sembahyang sunat dhuha paling banyak ialah lapan rakaat.
Telah diriwayatkan daripada Ummu Hani’ r.a. katanya :
صَلَّى النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Artinya : “Telah sembahyang oleh Nabi saw akan sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat dan baginda salam pada setiap dua rakaat.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Dan pada riwayat Imam Muslim berkata Ummu Hasni’ r.a. :
ثُمَّ صَلَّى ثَمَانَ رَكَعَاتٍ سُبْحَةَ الضُّحَى
Artinya : “Kemudian Nabi saw sembahyang lapan rakaat sebagai sembahyang dhuha.”
Dan setengah ulamak berkata bilangan rakaat sembahyang sunat dhuha paling banyak ialah dua belas rakaat.
Telah diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
إنْ صَلَّيْتَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ تُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِينَ، أَوْ أَرْبَعًا كُتِبْتَ مِنْ الْمُحْسِنِينَ، أَوْ سِتًّا كُتِبْتَ مِنْ الْقَانِتِينَ، أَوْ ثَمَانِيَةً كُتِبْتَ مِنْ الْفَائِزِينَ، أَوْ عَشْرًا لَمْ يُكْتَبْ عَلَيْك ذَلِكَ الْيَوْمَ ذَنْبٌ، أَوْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ بَنَى اللَّهُ لَك بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Artinya : “Jika kamu sembahyang dhuha dua rakaat nescaya tidak ditulis kamu dari kalangan orang yang lalai atau empat rakaat nescaya ditulis kamu dari kalangan orang yang berbuat baik atau enam rakaat nescaya ditulis kamu dari orang yang taat atau lapan rakaat nescaya ditulis kamu orang yang berjaya atau sepuluh rakaat nescaya pada hari itu kamu tidak ditulis akan dosa atau dua belas rakaat nescaya membina oleh Allah bagi kamu istana di dalam syurga.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)
Berkata Imam Nawawi pada Kitab Al-Majmu’ bermula sanad hadith ini dhaif.
Dan Imam Nawawi menyebut pada Kitab Ar-Raudhah yang afdhal rakaat sembahyang sunat dhuha itu lapan rakaat dan paling banyak ialah dua belas rakaat.
Telah menyebut oleh Syeikh Khatib Syarbini:
Artinya : Bermula sembayang dhuha itu sekurangnya dua rakaat kerana hadith Abu Hurairah r.a yang telah lalu dan kerana hadith Muslim: Berpagi-pagi atas sekalian tulang seorang kamu itu sedekah dan memadai yang demikian itu oleh dua rakaat yang dikerjakan daripada sembayang dhuha. Dan sekurang-kurang sempurna itu empat rakaat dan lebih sempurna daripadanya ia;ah enam rakaat dan diperselisihkan pada sebanyak-banyaknya." (Kitab Mughni Al-Muhtaj) Ada pun mengerjakannya dengan empat rakaat satu salam itu tidak afdhal tetapi harus maka yang afdhal ialah dikerjakan dengan satu salam setiap dua rakaat. '
KESIMPULAN
Sekurang-kurang rakaat sembayang sunt dhuha itu ialah dua rakaat. Sebanyak-banyaknya ialah lapan rakaat menurut pendapat yang muktamad dan ialah pendapat kebanyakkan ulamak. harus sembayang sunat dhuha itu dengan dua belas rakaat.
wallahua'lam
ustaz azhar idrus
0 Comments