Beruntunglah Orang Yang Asing
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing." (HR Muslim No: 208) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam dimulai dalam keadan asing (segelintir sahabat) sebagaimana keadaan di Mekkah dan di Madinah ketika awal-awal hijrah. Islam tidak diketahui dan tidak ada yang mengamalkan kecuali sedikit saja. Kemudian ia mula tersebar dan ramai masuk Islam berbanding agama lain.
2. Islam akan kembali asing di akhir zaman, sebagaimana awal kemunculannya. Syariat Islam hanya diamalkan oleh segelintir orang yang taat seperti di zaman awal sahabat, padahal umatnya ramai.
3. Umat Islam yang mengamalkan sunnah dianggap asing, ketinggalan zaman, tidak mengikuti arus semasa dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan. Sementara cara hidup lain seperti budaya barat diangkat dan dipandang mulia dalam masyarakat.
4. Orang Islam hendaklah sentiasa istiqamah di atas ajaran Islam serta memelihara diri daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyelewengan yang menyebabkan pandangan negatif masyarakat terhadap Islam.
5. Beruntunglah orang yang asing (sedikit) kerana tetap berpegang kukuh dengan syariat Islam ditengah-tengah masyarakat yang lalai dan meninggalkan cara hidup Islam.
6. Ibnu Ajlan: maksud ‘thuba lil ghuroba’ (beruntunglah orang yang sedikit) adalah, merekalah yang mendapat kebaikan terus menerus.
7. Rasulullah SAW memuji sikap mukmin yang istiqamah mengamalkan al-Quran dan al-Sunnah ketika masyarakat menjauhi dan memandang hina terhadapnya
Kridet: @islamitu_indah
0 Comments