MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bayar Zakat Tanpa Maklumkan Ianya Zakat

 


BERI ZAKAT TANPA BERITAHU IA ADALAH ZAKAT


SOALAN :


Jika kita hendak serahkan zakat kepada faqir miskin adakah mesti kita maklumkan bahawa itu adalah zakat atau boleh serahkan sahaja tanpa beritahu apa-apa?


JAWAPAN :


Apabila seorang hendak membayar zakat kepada orang yang sah menerima zakat maka tidak disyaratkan beritahu bahawa pemberian tersebut adalah zakat yakni sah diberikan kepadanya tanpa memaklumkan keadaannya adalah zakat setelah dia berniat.


Ada pun jika diserahkan kepada selain penerima zakat seperti pihak yang mengumpulkan harta maka hendaklah diberitahu pemberian itu adalah zakat supaya di serahkan kepada asnaf zakat dan tidak digunakan pada tujuan yang lain.


Berkata Syeikh Ibnu Hajar : 


يَجُوزُ دَفْعُهَا لِمَنْ لَمْ يَعْلَمْ أَنَّهَا زَكَاةٌ


Artinya : “Harus menyerahkan zakat bagi penerima yang tidak tahu bahawasanya ia adalah zakat.” (Kitab At-Tuhfah)


Dan berkata Imam Zainuddin Al-Iraqi :


لَا يُشْتَرَطُ فِي كُلٍّ مِنْ الْهَدِيَّةِ وَالصَّدَقَةِ الْإِيجَابُ وَالْقَبُولُ بِاللَّفْظِ بَلْ يَكْفِي الْقَبْضُ  وَتُمْلَكُ بِهِ


Artinya : “Tidak disyaratkan pada setiap dari pemberian hadiah dan sedekah akan ijab dan qabul dengan berlafaz bahkan mencukupi oleh terima dan pemindahan milik dengannya.” (Kitab Torhu At-Tasrib)


wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Kridet: ustaz azhar idrus

Post a Comment

0 Comments