Pengumuman penting !
Mohon Sebarkan !
Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu ingin menyeru kepada semua ibu bapa di daerah Kota Kinabalu (KK) yg mempunyai bayi & anak-anak yg berumur sehingga 12 TAHUN (Warganegara & Bukan Warganegara) untuk mendapatkan imunisasi polio secara titisan bermula 10 Ogos 2020.
Ini adalah untuk memastikan anak-anak anda tidak dijangkiti Penyakit Polio. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia.
Fasiliti kesihatan yang menyediakan khidmat imunisasi polio secara titisan adalah seperti berikut :
1) Klinik Kesihatan Luyang
2) Klinik Kesihatan Likas
3) Klinik Kesihatan Telipok
4) Klinik Kesihatan Menggatal
5) Klinik Kesihatan Inanam
6) Klinik Kesihatan Ibu dan anak Pekan
7) Klinik Kesihatan Ibu dan anak Kebajikan
Lokasi tambahan di Masjid Negeri secara Pandu Lalu.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus di talian yang tertera di Infografik.
Baca juga: Pemberian Vaksin Polio Secara Percuma
Baca juga: Pemberian Vaksin Polio Secara Pandu Lalu
Sumber:Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu
0 Comments