Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19.
Berikut dikongsikan Tanggungjawab Pengurusan Masjid:-
- Kapasiti ditambah secara Berperingkat dari semasa ke Semasa
- Pembukaan dimulakan bagi warganegara terlebih dahulu
- Muslimah dibenar untuk ke masjid dan surau dengan syarat bersama mahram
- Warga emas yang sihat dibenarkan hadir
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah bergejala atau menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir
- Ruang tertentu dibuka untuk mereka yang singgah solat, seperti musafir, pemandu dan rider e-hailing
- Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib boleh dijalankan dengan mematuhi syarat
- Jamuan makan selepas kuliah tidak dibenarkan
- Akad nikah boleh dijalankan di masjid tetapi hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan
Pengurusan Rumah Ibadat Islam perlu merujuk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing dari semasa ke semasa
Sumber: @MKNJPM
0 Comments