MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Salam Maal Hijrah 1442H/2020M

 


Selamat Menyambut Awal Muharram 

1 Muharram 1442H / 20 Ogos 2020M


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka Itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Marilah sama-sama memulakan tahun 1442 Hijrah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Maal Hijrah 1442H tahun ini sangat berbeza seperti kebiasaannya. Kita perlu mengamalkan norma-norma baharu untuk mengelakkan penularan virus Covid-19.


Seperti mana penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam dari Mekah ke Madinah untuk menegakkan Islam, seperti itu juga kita berhijrah diri ke arah yang lebih baik dan sentiasa mencari jalan untuk mendapat hidayah Allah SWT.


Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dalam ibadah dan seterusnya mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Semoga hijrah yang membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah SWT, sentiasa dlm lindungan dan rahmat dariNya.


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan  tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat. 


2.  Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).


3.  Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.


4.  Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.


5.  Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.


6.  Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.


7.  Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.


8.  Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk,  yang dilarang oleh Allah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah.


Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah dengan meninggalkan sebarang keburukan dan dosa kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai. 


Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1442H / 2020M


"Ummah Rabbani Negara Harmoni"


Post a Comment

0 Comments