MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rahsia Disebalik Putrajaya



Pernah saya bersembang panjang dengan pereka/designer Putrajaya ni, kenapa orang begitu berminat dengan suasana putrajaya? Apa inspirasi seni bina/architecture/landskap putrajaya ni? Jawapan... 

Professor yang diamanahkan design putrajaya ni cerita, Putrajaya ni di ilham dari seni bina Islam seperti Alhambra, baghdad. Falsafah seni bina ini berteraskan alam iaitu air dan tumbuhan/pokok.

Prof ini beritahu semua ini diambil dari konsep taman di dalam al-quran kemudian di aplikasi keatas landskap putrajaya. Sbb itu ramai rasa dekat antara diri dia dan alam bila jalan-jalan di putrajaya

Dia kata nak bezakan apa beza bandar islam ni atau islamicity boleh cuba bandingkan dengan tulisan harvey cox the secular city.

Dia nak wujudkan bandar yang jauh beza dengan secular city yang dah hilang roh agama dan nilai agama dalam bandar tu seperti katanya KL.

Sebab tu tak nampak sgt dekat putrajaya kedai arak/disco yang berlambak macam dekat KL. Orang duduk putrajaya sesuai dengan tabiat semula jadi manusia iaitu, malamnya untuk beribadah, rehat dan tenang. Siang tempat cari rezeki.

Tapi sayangnya katanya tak semua rancangan dia dilaksanakan apabila ada campur tangan politik masa tu yang ubah design putrajaya. Beliau memang marah katanya dengan politician tu.

Kalau nak jumpa professor ni, beliau hujung minggu selalu berbasikal di putrajaya. Kot2 lah terjumpa dia.


Kridet: @mirul_syaf



Post a Comment

0 Comments