Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam bulan-bulan Arab pada tahun kamariah.
Dinamakan Muharram, kerana orang-orang Arab Jahiliyah mengharamkan bulan ini dari pertempuran.
Pada 10 Muharram beberapa peristiwa berlaku di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah:-
1) Nabi Adam AS bertaubat kepada Allah SWT. Allah mengampunkan Nabi Adam
2) Nabi Idris diangkat ke langit
3) Berlabuhnya kapal Nabi Nuh di Bukit Zuhdi & Nabi Nuh keluar daripada bahteranya (peristiwa banjir besar)
4) Nabi Ibrahim AS terselamat daripada api raja Namrud dari dibakar
5) Diturunkan kitab taurat kepada Nabi Musa & Nabi Musa AS terselamat dari Firaun
6) Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara
7) Dipulihkan penglihatan Nabi Ya'qub
8) Disembuhkan penyakit kulit Nabi Ayyub
9) Nabi Yunus diluah dari perut ikan paus & terselamat dari perut ikan Paus
10) Terbelah lautan menjadi laluan bani israel
11) Diampunkan dosa Nabi Daud
12) Nabi Sulaiman diberi takhta
13) Diampunkan Nabi Muhammad dosa yang lepas dan akan datang
14) Hari dunia diciptakan
15) Hari pertama hujan diturunkan
16) Rahmah diturunkan ke bumi
1. Allah menerima taubat Nabi Adam AS
Nabi Adam melanggar larangan Allah untuk tidak memakan salah satu buah di dalam syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.
Nabi Adam amat menyesali perbuatannya dan berdoa. Doanya termaktub di dalam Al-Quran, "Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi". Maka pada 10 Muharam, Allah menerima taubat Nabi Adam.
2. Nabi Musa diselamatkan daripada dikejar Firaun
Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharam dan ia juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah, orang Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.
3. Allah selamatkan Nabi Yunus daripada perut ikan
Allah telah menghukum Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut.
Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al-Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun "Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim". Maka pada tanggal 10 Muharam, Nabi Yunus dibebaskan dari kegelapan perut ikan Nun.
Semoga bermanfaat untuk kita bersama.
Sumber & Kridet: Hasyiah I'anah al-Talibin, SEISMIK & Infografik Pinterest
0 Comments