MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PDRM Kenakan Kompaun Kepada Penunggang Motosikal Tidak Pakai Pelitup Muka?





SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati satu (1) video tular operasi yang dijalankan oleh JSPT telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka yang bermula 1 Ogos 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang berkuatkuasa yang kini tersebar di media sosial.

JSPT ingin menegaskan bahawa video yang ditularkan adalah operasi yang dijalankan oleh JSPT Selangor pada 12 Jun 2019 di Lebuhraya Persekutuan. Operasi diadakan bertujuan untuk mengambil tindakan ke atas penunggang motosikal yang tidak mengikut lorong motosikal yang telah disediakan. Hasil operasi sebanyak 227 saman dikeluarkan atas kesalahan di atas. Ini menunjukkan masih ramai penunggang motosikal yang gagal patuhi peraturan selain risiko bahaya kepada petugas JSPT dalam menguatkuasakan undang-undang.

JSPT menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang penyebaran video / berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati masih dengan sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas untuk mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat.





Post a Comment

0 Comments