Kempen Pembudayaan Norma Baharu bertujuan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat yang berpandukan kepada CAPP.
CAPP adalah satu strategi bagi memperkasa Program Pengurangan Risiko Daerah COVID-19 (DRPP) yang bertujuan melindungi daerah hijau agar
bebas daripada jangkitan COVID-19 dan menukar daerah kuning kepada daerah hijau dalam tempoh 14 hari. CAPP meliputi 4 skop iaitu:
1. Cegah, didik keluarga & komuniti mengenai norma baharu.
2. Amal tingkah laku bagi mengelakkan diri, keluarga & komuniti daripada jangkitan.
3. Patuhi SOP sektor-sektor utama negara.
4. Pantau status kesihatan diri, keluarga & tempat kerja.
Berikut di bawah dikongsikan Kerangka Mencegah Penularan Covid-19 tindakan yang digariskan dalam kerangka tersebut:
1. Tindakan Keluarga Kekal Bebas Covid-19
- Muat turun daftar dan gunakan aplikasi MySejahtera untuk diri dan keluarga anda
- Hadkan pelawat/ pengunjung
- Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
- Sentiasa lakukan disinfeksi di Rumah
- Amalkan pembelian dan pembayaran dalam talian
- Pantau status kesihatan diri dan keluarga (gejala Covid-19)
- Penjagaan khusus kepada warga emas dan berpenyakit kronik
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala
- Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar. Sekirannya perlu keluar, pakai pelitup muka dan jarakkan diri 1 meter daripada orang lain
- Gerakan jawatankuasa penduduk sedia ada sebagai penggerak aktiviti pencegahan di komuniti
- Had dan rekod pergerakan keluar masuk pelawat dan penduduk setempat
- Pastikan jarak fizikal dan amalkan kebersihan tangan
- Hebahkan kepatuhan SOP
- Hebahkan pendidikan kesihatan tentang langkah-langkah pencegahan Covid-19
- Promosikan MySejahtera kepada komuniti supaya dimuat turun, daftar dan digunakan untuk diri dan keluarga
- Laporkan kepada ketua komuniti/ polis sekiranya terdapat aktiviti berkumpulan
- Lapor sebarang kes disyaki Covid-19 kepada pihak berkuasa
- Motivasi kepada komuniti supaya kawasan kekal hijau (tiada kes)
3. Tindakan Institusi Pendidikan
- Mendidik anak amalan batuk dan bersin yang betul
- Menasihati anak mengamalkan penjarakan fizikal
- Mengajar anak langkah mencuci tangan dengan betul
- Memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala dan rujuk ke klinik untuk rawatan
Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19.
Berikut dikongsikan Tanggungjawab Pengurusan Masjid:-
- Kapasiti ditambah secara Berperingkat dari semasa ke Semasa
- Pembukaan dimulakan bagi warganegara terlebih dahulu
- Muslimah dibenar untuk ke masjid dan surau dengan syarat bersama mahram
- Warga emas yang sihat dibenarkan hadir
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah bergejala atau menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir
- Ruang tertentu dibuka untuk mereka yang singgah solat, seperti musafir, pemandu dan rider e-hailing
- Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib boleh dijalankan dengan mematuhi syarat
- Jamuan makan selepas kuliah tidak dibenarkan
- Akad nikah boleh dijalankan di masjid tetapi hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan
5. Tindakan Di Rumah Ibadat
Tanggungjawab Pengurusan
- Penganut yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir
- Menyediakan kaunter di pintu masuk nbagi memeriksa suhu badan, merekod kehadiran dan menggunakan sanitizer
- Penganut diwajibkan membawa kad pengenalan diri dan memakai pelitup muka
- Hadkan bilangan penganut dalam rumah ibadat pada satu-satu masa
- Laksanakan penjarakan fizikal di dalam dan luar rumah ibadat
- Tiada upacara keramaian, perarakan dan sebarang perhimpunan. Pastikan penganut terus bersurai selepas upacara keagamaan
- Sebarang aktiviti berjadual seperti kelas keagamaan dan kebudayaan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan
- Penggunaan tandas dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa
Tanggungjawab Penganut
- Tidak berkongsi peralatan dan bahan sembayang
- Tidak bersalaman dan bersentuhan
- Tidak menyediakan jamuan makan
6. Tindakan DiTempat Kerja
- Saringan kesihatan di pintu masuk (gate keeping)
- Check-in menggunakan MySejahtera
- Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh
- Sediakan kemudahan cuci tangan atau hand sanitizer
- Sediakan bilik isolasi
- Tandas sentiasa bersih dan sabun disediakan
- Pastikan pekerja mendapat rawatan segera sekiranya bergejala
- Nasihatkan pekerja untuk mengamalkan cara pencegahan - Pakai pelitup muka, Cuci tangan dengan kerap, Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
7. Tindakan Di Pusat Penjagaan Warga Emas
- Saringan suhu dan gejala ke atas pekerja dan pelawat. Mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk premis
- Mengadakan aktiviti secara berjadual
- Meletakkan papan tanda dilarang masuk kepada pelawat yang bergejala
- Hadkan pelawat dan buat saringan (gejala) sebelum dibenarkan masuk
- Hadkan program/ aktiviti berkumpulan. Perhimpunan besar-besaran tidak dibenarkan
Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN)
0 Comments