Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan di antara masjid yang tercantik di Malaysia dan menjadi tumpuan para muslim untuk melawati dan beribadah, persingahan pencinta seni serta pelancong dalam dan luar negara.
Dibina pada tahun 2015 dengan dengan konsep wakaf membelanjakan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China, boleh memuatkan 5000 jemaah dalam satu-satu masa.
Sebilangan orang menggelarkan Masjid Sri Sendayan sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah kerana rekabentuknya menyerupai masjid-masjid tersebut.
Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Bagi mereka yang berkesempatan ke Negeri Sembilan, jangan lupa untuk mengunjungi masjid ini bagi merasai keindahan seni bina dan struktur masjid.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu juga adalah di antara masjid yang mempunyai kenunikannya sendiri, bagi mereka yang berkesempatan ke Sabah silalah singgah untuk melihat kenunikannya.
Sumber: Internet & gambar Twitter @zahiruliman
1 Comments
mantap, gratis bangat
ReplyDelete