MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Emas Vs Tanah




Emas berkata pada tanah, "Cuba lihat pada dirimu, suram dan lemah, apakah engkau memiliki cahaya mengkilau seperti aku???

Apakah engaku berharga seperti aku???

Tanah menggelengkan kepala dan menjawab "Aku boleh menumbuhkan bunga dan buah, boleh menumbuhkan rumput dan pohon, boleh menumbuhkan tanaman dan banyak lagi, apakah kamu boleh???

Emas pun diam seribu bahasa!!!

Dalam hidup ini banyak orang seperti emas, berharga, menyilaukan tetapi tidak bermanfaat bagi sesama.

Berjaya dalam kerjaya, memiliki rupa paras yang cantik tetapi sukar untuk membantu sesama dan mengambil berat atau peduli.

Tetapi ada juga yang bersifat seperti tanah. Kehidupan biasa sahaja namun ringan tangan sekiranya diperlukan dan membantu secara sukarelawan.

Moral daripada sifat emas dan tanah dalam kehidupan, nilai seseorang itu tidak terletak pada nilai yang ada pada diri kita, namun nilai sebenar terletak pada seberapa manfaatkan kita kepada orang lain.

Jika kehidupan dan kewujudan kita dapat memberikan manfaatkan kepada orang lain itulah nilai yang sebenar-benarnya bernilai.

Apalah ertinya kejayaan sekiranya tidak memberikan manfaat kepada diri sendiri, Keluarga dan orang lain.

Apalah ertinya kemakmuran sekiranya tidak dikongsikan kepada mereka yang memerlukannya.

Apalah ertinya kepintaran sekiranya tidak memberikan inspirasi disekeliling kita.

Kerana hidup adalah proses ada saatnya kita memberi dan ada saatnya kita menerima.


Kridet: Tausiyahcinta 


Emas Vs Tanah dari aspek ekonomi yang manakah pilihan anda?

Post a Comment

0 Comments