MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Iftitah

 


Doa Iftitah


Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak-kanak lagi, kita tak mau semak dah bacaan kita. Betul atau tidak...


Ada empat kesalahan yang kerap berlaku.

(Rujuk Doa dalam gambar)


1. Huruf  ر pada kalimah اكبر mestilah dibaca dengan baris hadapan ( 'Allahu Akbaru Kabiroo'.) ✔️

Jangan dimatikan huruf ر tersebut ( Allahu Akbar Kabiroo )✖️


2. Sebahagian kita tidak memberhentikan bacaan pada kalimah ini ( مُسْلِمًا ) dan membaca (muslimaa) dan terus sambung bacaan ( وَ مَا ).

Sebutan (Muslimaa) adalah sebutan jika kita berhentikan bacaan. Jika ingin sambung bacaan, sebutannya (Musliman) atau (Muslimau wa maa)


3. Ini antara paling kerap berlaku kesilapan menyebutnya.

Kalimah مَحْيَايَ.

Sebutan yang betul - Mahyaaya. Tetapi ramai menyebut - Maa yaa yaa ( مَا يَا يَا ).


4. Ini juga antara paling kerap berlaku.

Kalimah ini bertukar tempat.


Ada yang membacanya terbalik, sepatutnya baca Musyrikin,tetapi membaca Muslimin.Begitulah sebaliknya.


Jelas ia memberi perubahan makna yang sangat besar dan bahaya.


وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ 

"Dan aku bukan dalam kalangan orang musyrikin (orang yang mensyirikkan Allah)


Jika diubah 

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Makna ayat akan berubah 

"Dan aku bukan dalam  kalangan orang Islam"


Wallāhu 'Alam.


Kredit : Dr Nik Mohd Zaim

Post a Comment

2 Comments

  1. Hanifam muslima..dekat fam, mim tu sepatutnye ade sabdu kalau xsilap

    ReplyDelete
  2. Semakan boleh juga dibuat melalui portal pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=25&pageId=33

    ReplyDelete