Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kolon adalah usus besar manakala rektum adalah bahagian yang menghubungkan kolon dan dubur.
Di antara gejala Kanser Kolorektal:-
- Cirit/Sembelit
- Rasa nak buang tapi tidak keluar
- Kejang Rektum
- Letih/Anemia
- Dubur berdarah
- Berak berdarah
- Najis panjang, nipis macam tali
- Hilang Berat
Life is tragic simply because the earth turns and the sun inexorably rises and sets, and one day, for each of us, the sun will go down for the last, last time.” — James Baldwin
Rest In Peace.
Kanser ini tidak lagi menyerang warga emas. Disebabkan diet kita tidak lagi mengamalkan diet yang sihat.
Ujian saringan adalah penting untuk pengesanan awal penyakit kanser kolorektal. Jika kanser kolorektal dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah baik.
Ujian saringan kanser kolorektal
Ujian saringan boleh dijalankan seawal umur 50 tahun hingga 75 tahun. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser kolorektal, ujian saringan perlu dilakukan lebih awal.
Anda juga dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor anda tentang bila ujian perlu dilakukan, jenis ujian dan berapa kerap ujian perlu dilakukan.
Ujian yang dijalankan termasuk ujian najis (FOBT), sigmoidoskopi dan kolonoskopi.
Ujian najis (FOBT – Fecal Occult Blood Test)
Ujian ini dijalankan untuk mengesan darah di dalam najis. Ujian ini adalah mudah dan boleh dijalankan di klinik kesihatan. Anda akan diberi satu set alat untuk mengambil sampel najis. Anda perlu mengambil sedikit sampel najis anda dengan menggunakan alat yang disediakan dan mengembalikannya kepada makmal di klinik. Sampel najis akan diperiksa untuk melihat kewujudan darah di dalam najis. Sekiranya najis didapati mempunyai darah, anda akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut iaitu kolonoskopi.
Ujian sigmoidoskopi
Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang pendek melalui lubang dubur ke dalam rectum dan penghujung kolon untuk mengesan polip atau kanser di dalamnya.
Ujian kolonoskopi
Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang panjang melalui lubang dubur ke dalam rektum dan keseluruhan kolon. Semasa prosedur ini dijalankan, doktor boleh melihat dan membuang polip atau ketumbuhan yang disyaki kanser serta mengambil sedikit tisu untuk ujian lanjut (pemeriksaan di bawah mikroskop untuk mengesan sel kanser).
Sekiranya anda berumur 50 hingga 75 tahun atau berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal, sila berjumpa dengan doktor anda untuk ujian saringan kanser kolorektal. Ujian saringan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.
Sumber: Facebook Rasmi Public Health Malaysia, www.myhealth.gov.my
0 Comments