BAHAYA ATAP ASBESTOS.
Pernahkah anda melihat atap rumah seperti ini. Mungkin ada yang masih menggunakan atap ini dan ada juga yang melihatnya di tempat longgokkan sampah kerana telah pecah dan tidak digunakan lagi. Tahukah anda bahawa atap ini diperbuat daripada satu bahan yang terbukti menyebabkan kanser. Bahan tersebut adalah asbestos.
Atap seperti ini pada dahulunya sering digunakan untuk membina bumbung sesebuah rumah. Kini ia tidak dibenarkan untuk digunakan bagi membina rumah yang baru kerana telah bahan tersebut telah didapati mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia.
JIKA ANDA TERNAMPAK ATAP INI:
1) Elakkan diri dan juga ahli keluarga yang lain pergi ke tempat yang menjadi longgokan atap ini.
2) Pastikan atap bumbung rumah anda tidak lagi menggunakan atap asbestos ini. Jika masih ingin menggunakannya, pastikan atap ini tidak pecah keranan serpihan asbestosis ini boleh dihidu dan masuk ke dalam paru-paru.
3) Elakkan daripada membakar atap ini. Kerana serpihannya boleh berterbangan ketika dibakar
4) Boleh hubungi Jabatan Alam Sekitar ataupun DOSH untuk mengetahui cara untuk melupuskan bahan ini.
Rujukan:
What are asbestos-related lung diseases? National Heart, Lung, and Blood Institute.
http://www.nhlbi.nih.gov/health/dci/Diseases/asb/asb_all.html
Roggli VL, et al. Pathology of asbestosis — An update of the diagnostic criteria: Report of the asbestosis committee of the College of American Pathologists and Pulmonary Pathology Society. Archives of Pathology and Laboratory Medicine. 2010;134:462.
Sumber: Disalin dan dipetik dari https://thediagnosa.com/atap-bumbung-menyebabkan-kanser-paru-paru/
Facebook Rasmi MAHSA College, Sabah
0 Comments