MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

5 Perkara Penting Dalam Penilaian Panel Penemuduga








Saya pernah menemuduga ramai calon dan mengambil lebih 100 staf sepanjang kerjaya. Dari pemandu peribadi, pembantu pentadbiran, dan eksekutif sehinggalah pengurus, pengarah dan CEO. Apabila saya imbas kembali, berikut ialah lima perkara penting mempengaruhi keputusan saya. 👇


Pertama, jika calon bercakap dengan terperinci mengenai syarikat, bidang tugas jawatan yang dipohon dan apa yang dia boleh sumbangkan di jawatan itu, saya berminat nak dengar. Dia tahu apa dia pohon dan dia tahu apa dia nak buat jika dapat kerja. Buat research sebelum temuduga.


Kedua, ijazah sarjana atau sarjana muda penting. Namun saya akan lebih teruja jika calon bercakap secara spesifik apa yang dia belajar dalam sesuatu kursus, projek atau pengalaman internship. Fokus kepada ilmu, skil dan pengalaman secara detail. Elak bercakap di awang-awangan.


Ketiga, saya ”pasang telinga” apabila calon bercakap mengenai pencapaian. Contoh: inisiatif dia itu dapat jimatkan RM100K atau tingkatkan perolehan RM200K. Bagi fresh graduate, saya suka dengar apa impak kerja kursus dan assignment. Cerita lagi, cerita lagi.


Keempat, ada dua perkara yang saya tak selesa: 1. jual nama orang politik, 2. beberapa kali bertanya mengenai gaji sebelum keputusan dibuat (sekali tanya, ok). Macam orang bercinta juga, usah tanya berapa hantaran jika kedua-dua belah pihak belum buat keputusan nak berkahwin!


Kelima, saya berikan markah tambahan apabila saya nampak calon ada inisiatif belajar dan mahu berubah menjadi lebih baik. Saya suka calon jujur dan mengaku kelemahan, selepas itu beritahu apa yang dia buat untuk atasi kekurangan itu.


Sekiranya ada mahu tingkatkan tingkat skil hubungan perorangan dan sesama manusia, komunikasi persuasif dan penyelesaian konflik, ikuti kursus online di skorlah.online Buktikan kepada majikan anda ambil inisiatif sendiri, bukan dipaksa pensyarah atau boss.


Sebagai majikan, saya suka calon yang ambil inisiatif sendiri, tahu pekerjaan yang dia mahu dan jelas apa yang dia cari dalam hidup. Gaji? Saya pernah tawarkan calon gaji lebih tinggi dari yang dia pohon kerana calon itu cukup bernilai kepada syarikat.


Sama seperti jurujual, fokus kepada memasarkan manfaat kepada pelanggan, bukan tak habis-habis bercakap soal harga. Buatkan pelanggan nak sangat barang yang kita jual itu. Sekiranya pelanggan suka, harga tinggi pun dia sanggup bayar!


Kridet: @nobisha

Post a Comment

0 Comments