MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (14 Julai 2020)



Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (14 Julai 2020)

1. Task Force Operasi Pematuhan

-  3,545 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 15,018 anggota telah membuat 63,616 pemeriksaan bagi memantau & menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

- 3,821 pasar raya, 5,545 restoran serta 1,954 penjaja, 1,326 kilang, dan 2,787 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa, 3,783 tempat ibadah serta 1,479 tempat riadah.
 
- PDRM telah menahan dan mengeluarkan kompaun kepada 22 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP


2. Kawalan Sempadan Negara

- Dari 1 Mei sehingga 13 Julai 2020, seramai 1,545 PATI, 252 tekong & 110 penyeludup telah ditahan menerusi Op Benteng. Juga ditahan 51 bot/kapal serta 153 kenderaan.
 
- 254 PATI, 9 tekong & 37 bot/kapal berjaya diusir dari mencerobohi sempadan negara

- Semalam, PDRM  telah membuat 66 Sekatan Jalan Raya Op Benteng dan memeriksa 31,330 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus
 
- PDRM telah berjaya menahan 5 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Op Benteng atas kesalahan imigresen


3. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,217 operasi sanitasi merangkumi 134 zon
 
- Semalam, sebanyak 9 operasi sanitasi meliputi 9 Zon di 4 buah negeri termasuk Sabah (6), Perak, Terengganu dan Putrajaya (4)

- Operasi ini melibatkan 11 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 110 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT). 2 jentera JBPM turut digunakan dalam proses sanitasi


4. Kuarantin Wajib

- Dari 10 Jun sehingga 13 Julai 2020, seramai 17,689 orang telah pulang melalui pintu masuk KLIA. 17,616 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine & 73 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Pada 13 Julai 2020, 536 rakyat Msia telah pulang melalui KLIA & KLIA2 dari Pakistan, Indonesia, Qatar, Singapura, Jepun, United Kingdom, Vietnam, Belanda, India & China

- 535 individu telah diperintah untuk kuarantin wajib di kediaman mereka &  1 lagi dibawa ke hospital


- Masih terdapat 255 individu yang ingkar untuk menjalani ujian saringan COVID-19 kedua pada hari ke-13 home quarantine. KKM dan PDRM sedang memantau individu yang terbabit

- Mereka digesa untuk tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan untuk ujian saringan. PDRM akan mengambil tindakan jika mereka masih ingkar termasuk kompaun RM1000 ataupun penjara maksimum 2 tahun.

- Kerajaan memandang serius kegagalan pematuhan SOP yang ditetapkan, seperti yang berlaku di MELAKA yg mana individu terbabit tidak berada dalam bilik sewaktu home quarantine & telah menjangkiti bapanya. KKM sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat individu terbabit


5. Ekspatriat di Msia

- Ekspatriat yg dibenarkan masuk ke Msia untuk bekerja atau menguruskan syarikat, mereka tidak dibenarkan keluar ke Msia untuk bercuti
 
- Jika didapati melanggar peraturan ini, mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Msia sehingga satu tarikh yg ditetapkan


6. Kapasiti Masjid dan Rumah Ibadat

- Masjid dan surau dibenarkan untuk memperluaskan kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah mengikut saiz dan ruang solat. Namun begitu, penjarakan sosial serta SOP yang ditetapkan perlu dipatuhi

- Kebenaran ini juga boleh digunapakai di Rumah Ibadat Bukan Islam tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. 

- Bagi upacara keagamaan Kristian di gereja yang dijalankan dalam pelbagai bahasa, mereka dibenarkan mengadakan upacara berkenaan secara bergilir


7. Sekolah Memandu

- Sekolah memandu dibenarkan beroperasi dari jam 7.30 a.m hingga 8.30 p.m
 
- Waktu kursus & latihan pemanduan dibenarkan bermula jam 8.30 a.m hingga 8 p.m. Kapasiti pekerja juga dibenarkan 100%. Bagaimanapun, semua SOP yg ditetapkan sebelum ini perlu dipatuhi


8. Rakyat Malaysia di Luar Negara

- Rakyat Malaysia yang ingin pulang dari luar negara perlu menjalani ujian saringan COVID-19 3 hari sebelum tarikh berlepas pulang. Ini bagi mengelakan mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat.


Sumber: @MINDEFMalaysia & RTM


Post a Comment

0 Comments