MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (10 Julai 2020)



Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (10 Julai 2020)

1. Task Force Operasi Pematuhan

- 68,485 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

- 3,915 pasar raya, 5,846 restoran serta 2,046 penjaja, 1,607 kilang, & 2,620 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa, 3,926 tempat ibadah & 1,615 tempat riadah
 
- PDRM telah menahan 76 individu atas kesalahan ingkar PKPP.  13 daripadanya direman & 63 dikenakan kompaun

- Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (12), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (52) dan aktiviti yang melanggar SOP (12)

2. Kawalan Sempadan Negara

- Semalam, PDRM telah membuat 67 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng &  periksa 39,305 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI 
 
- PDRM telah berjaya menahan 10 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen

3. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,177 operasi sanitasi merangkumi 134 zon
 
- Semalam (9 Julai 2020), sebanyak 16 operasi sanitasi meliputi 12 Zon di 5 buah negeri termasuk Sabah (8), Kuala Lumpur (4) dan Perlis (2)

- Operasi Sanitasi ini melibatkan 80 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 128 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT). 3 jentera JBPM turut digunakan dalam proses sanitasi.

4. Kuarantin Wajib

- Dari 10 Jun sehingga 9 Julai 2020, seramai 14,750 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk KLIA.  14,687 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine & 63 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Seramai 827 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine) manakala 5 lagi dibawa ke hospital

5. Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi Fasa 3 & 4

i) Penganjuran Kejohanan & Pertandingan Tempatan Tanpa Penonton- Sukan Tiada Bersentuhan Fizikal (non-contact sports) tanpa penonton seperti sukan permotoran & sukan individu bermula Rabu, 15 Julai 2020

ii) Ini termasuk Perlumbaan Permotoran seperti Lumba Motorsikal dan Kereta di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) & litar-litar tempatan yang lain, Kejohanan Badminton Perseorangan, Tenis Perseorangan, Gymnastic Perseorangan, Terjun Papan Anjal serta Kejohanan Catur

iii) Aktiviti Sukan dan Rekreasi Bersentuhan Fizikal (contact sports activity) bermula 15 Julai 2020 seperti:

- sukan berpasukan termasuk bola sepak, ragbi, bola keranjang, takraw

- sukan tempur – karate, silat, taekwondo, dan sebagainya

iv) Pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan & akademi juga dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Julai 2020
 
v) Penganjuran kejohanan & pertandingan tempatan tanpa penonton (local competition & tournament without spectator) dibenarkan untuk :

- Sukan bersentuhan fizikal untuk sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola keranjang, skuasy dibenarkan bermula 15 Ogos 2020

- Pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu diadakan dalam keadaan yang terkawal (controlled environment) oleh operator premis dan penganjur acara dengan SOP Am Pengurusan, SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran yang perlu dipatuhi.

- Semua SOP akan dimuat naik oleh MKN & Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa yang terdekat untuk rujukan
 
- Penganjuran Kejohanan dan Pertandingan hanya terhad kepada acara/kejohanan tempatan sahaja, tanpa penonton dan tidak melibatkan ‘mass gathering’ peserta

- Penganjuran acara antarabangsa yang melibatkan peserta dari luar negara adalah tidak dibenarkan lagi buat masa ini

6. Pusat Hiburan Keluarga

- Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula pusat hiburan keluarga 
 
- Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira lebih 3000 tenaga kerja yang terlibat serta sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara

- Kelulusan ini melibatkan Arked Permainan/ Taman Funfair Indoor, Hiburan Pendidikan (edutainment), Gym Permainan Kanak-Kanak, Hiburan Permainan berasaskan Peralatan Mesin & Hiburan Teknologi dan

Karaoke Keluarga

- Antara SOP Am ditetapkan: 
a) Muat turun aplikasi MySejahtera bagi proses pendaftaran
b) Saringan suhu badan
c) Menghadkan jumlah pengunjung berdasarkan saiz premis & penjarakan sosial
d) Penjualan tiket atas talian adalah digalakkan
e) Pembersihan & disinfeksi secara berskala

- Operasi Pub dan Disko adalah masih tidak dibenarkan.

7. Asrama Sekolah

- Antara Garis Panduan Pengurusan Asrama Sekolah yang dipersetujui termasuk:

a) Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama

b) Saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran masuk ke asrama

c) Katil murid dijarakkan 1 meter antara satu sama lain & bahagian bawah katil dua tingkat sahaja digunakan

d) Tanda penjarakan 1 meter disediakan untuk murid beratur bagi semua bilik khas yg bersesuaian seperti tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik gosok & pantry

e) Jadual penggiliran waktu makan disediakan di dewan makan sekiranya perlu

f) Alat pengimbas suhu badan perlu disediakan di asrama
 
• Bagi pengurusan dewan makan asrama, hanya sajian makanan secara bufet, berhidang secara individu atau berbungkus dibenarkan

- Sekiranya terdapat murid yang bergejala, pihak pentadbiran perlu mendapatkan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah & memaklumkan ibu bapa/penjaga untuk bawa pulang murid
 
- Murid yang bergejala juga perlu diletakkan di bilik sakit/kesihatan & diasingkan drpd murid sakit yang lain

- Pelajar Tingkatan 4 dibenarkan pulang ke asrama bermula 15 Julai 2020 & pelajar tingkatan lain dibenarkan pulang bermula 3 Ogos 2020
 
- Bagi asrama di sekolah-sekolah rendah, khususnya di kawasan pedalaman, pelajar Tahun 5 & 6 dibenarkan pulang ke asrama pada 15 Julai 2020

8. Had Maksimum Majlis Agama, Sosial dan Rasmi

- Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan semula had maksimum 250 peserta atau pengunjung bagi majlis agama, sosial dan rasmi seperti mesyuarat, perhimpunan, latihan serta jemaah masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam

- Kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan had maksimum peserta atau pengunjung mengikut kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial bermula 15 Julai 2020.


Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN) & RTM






Post a Comment

0 Comments