MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara




YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri hari ini melancarkan sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Perpaduan Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. 



Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian nasional agar terus dihayati dan dibudayakan oleh segenap lapisan masyarakat.



Logo rasmi sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara turut dilancarkan. Logo dihasilkan melalui kerjasama antara Jabatan Penerangan Malaysia, BERNAMA dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM / Kementerian Perpaduan Negara 


“Kita berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apapun kaum, agama dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara. 


“Kelima-lima prinsip ini menjadi asas identiti diri dan penyatuan kita sebagai bangsa Malaysia,” kata Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara di Putrajaya petang tadi.

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, JaPenSabah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) & KPM


Post a Comment

0 Comments