MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Mee Kari Merdeka Garden Ipoh




Penjelasan Isu Status Halal Mee Kari Merdeka Garden Ipoh

Ramai pengguna mula menularkan mesej yang mendakwa Mee Kari Merdeka Garden Ipoh telah disahkan HARAM oleh pejabat agama di Perak kerana menggunakan ramuan tulang babi dalam kandungan kuah kari mereka. 

Berdasarkan semakan pihak kami dengan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), premis makanan Mee Kari Merdeka Garden Ipoh bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). 

Walau bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan pihak JAIPk mengesahkan premis atau produk mee kari tersebut HARAM adalah TIDAK BENAR. Selain itu, tiada isu penyalahgunaan logo halal yang dilakukan oleh pihak berkenaan. 

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara. 

Selain itu, masyarakat pengguna juga digalakkan untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini. 

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di  http://www.halal.gov.my Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal.


Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-


Harap maklum dan terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
03 Zulhijjah 1441 H
24 Julai 2020 M

Sumber: JAKIM

Post a Comment

0 Comments