Bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka (face mask) adalah diwajibkan di pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.
Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.
Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak
Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri
Pemakaian juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal dan untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah
Denda RM1000 jika tidak memakai pelitup muka.
Orang ramai dibolehkan mengunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Keputusan ini mengambil kira penambahan kluster-kluster baharu yang telah dikenalpasti serta atas nasihat KKM
Infografik: Jabatan Penerangan Malaysia
0 Comments