MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Nasihat Khabib Kepada Orang Muda Yang Masih Mempunyai Ibu dan Bapa



"IBUBAPA ADALAH SEGALANYA"

Sedih mendengar tentang pemergian ayah Khabib Abdulmanap (innaa lillahi wa innaa ilayhi raji'un).

Ayahnya banyak memberi makna kepadanya dan dalam video ini, dia menggesa orang muda agar dekat dengan ibu bapa mereka.

Mendengar berita pemergian Abdul Manaf ayah Khabib Nurmagomedov yang dikatakan kerana Covid-19 sangat menyentuh hati saya, kerana saya tahu betapa pentingnya ayah beliau yang telah membentuk apa yang telah beliau kecapi hari ini.

Betapa Khabib asyik menyebut dan menceritakan tentang ayahnya begitu, ayahnya begini.

Betapa juara dunia tidak terkalah ini begitu sayang, hormat dan 'takut' dengan ayahnya yang sentiasa menemani di sisi.

Saya sentiasa mengikuti perkembangan jaguh ini dan saya dapat merasakan pemergian bapa seni bela diri campuran Dagestan ini pasti sangat memberi kesan kepadanya.

Kini tiada lagi teman yang sentiasa berdamping, tiada lagi suara yang membimbing dan tiada lagi sentuhan tegas penuh prihatin seorang ayah.

Kita semua pun begitu. Entah bila kita juga akan kehilangan seorang ayah suatu hari nanti sekiranya kita tidak pergi dahulu. Mimpi ngeri yang sukar dibayangkan.

Hargailah ayah dan ibu selagi masih memiliki mereka di dunia ini. 
Buat mereka yang telah kehilangan, sentiasalah berdoa buat mereka dan bersedekahlah banyak-banyak untuk mereka, kerana bakti kita buat mereka tidak akan terputus sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

إنَّا للهِ وإنّا إلَيهِ رَاجِعُون، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ.




Kredit : @ilmfeed & Jentik Hati

Post a Comment

0 Comments