Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu terletak di pinggir laut berhadapan dengan Pulau Gaya. Kawasan Pasar ini sangat bersih serta menarik pandangan mata memandang. Gerai peniaga - peniaga yang berniaga di pasar ini disusun dan di tadbir urus oleh pihak berwajib dengan penuh sistematik. Operasi Pasar Malam Sinsuran bermula sekitar jam 5.00 petang hinggalah ke larut malam jam 12.00 tengah malam. Kawasan Pasar amat strategik untuk dikunjungi dengan panorama pemandangan laut yang indah serta tiupan angin yang nyaman.
Peniaga-peniaga terdiri daripada suku kaum tempatan dan masing - masing menjual barang - barang tempatan dengan harga yang berpatutan. Berjalan - jalan atau berbelanja untuk barangan keperluan harian di Pasar Malam Sinsuran, sememangya amat sesuai di lakukan kerana pasar berkenaan menyediakan banyak barang - barang keperluan asas yang mencukupi.
Peniaga - peniaga juga adalah berdaftar dan di tempatkan di petak atau lot gerai jualan mengikut jenis barangan yang di jual, Penyusunan gerai yang rapi, dapat mengelakkan kesesakan pengunjung untuk membeli barang - barang keperluan mereka. Terdapat pelbagai barang keperluan asas yang boleh diperolehi di pasar berkenaan antaranya;
HASIL LAUT
Pengunjung yang datang ke Pasar Malam Sinsuran boleh membeli makanan laut seperti ikan, udang, ketam, sotong, lato dan lain - lain.
Hasi yang dijual di Pasar berkenaan sangat segar, tambahan lagi harganya yang berpatutan. Penempatan kawasan ikan diletakkan di pinggir atau berdekatan tembok laut bagi memudahkan perahu - perahu untuk menghantar hasil laut mereka kepada penoaga - peniaga dan terus didagangkan kepada pengguna.
SAYUR - SAYURAN
Sayur seperti kobis, bayam, bendi, kacang panjang boleh di didapati di Pasar Malam Sinsuran, Sayur - sayur ini adalah segar dari ladang dan didagangkan oleh peniaga - peniaga dengan harga yang murah serendah RM 1.00 mengikut saiz, jenis serta jumlah sayur berkenaan. Sayur - sayuran ini kebanyakannya didatangkan khas dari pekan Kundasang yang terletak lebih kurang 60 KM dengan 2 Jam 30 minit perjalanan dari Pasar Malam Sinsuran.
BUAH - BUAHAN
Pengunjung juga boleh menikmati dan membeli buah - buahan segar seperti Mangga, Durian, Pisang, Tembikai, Nenas dan lain - lain lagi. Buah - buahan tempatan ini juga di dagangkan di Pasar Malam Sinsuran dengan kadar harga yang berpatutan. Buah - buahan tempatan yang segar tanpa di awet dan menyelerakan amatlah baik untuk kesihatan tubuh badan.
KUIH MUIH
Untuk santapan petang di rumah dengan menikmati minuman panas (kopi / tea) bersama keluarga adalah satu keharmonian dalam sesebuah keluarga, namun tanpa perisa kuih muih sememangnya santapan petang akan terasa janggal. Untuk itu, kebanyakan pengunjung yang mengunjungi Pasar Malam Sinsuran pastinya tidak terlepas untuk membeli kuih - muih yang dijual oleh peniaga - peniaga di Pasar Malam Sinsuran untuk santapan di rumah atau ditempat kerja.
Pelbagai jenis kuih muih yang boleh di perolehi yang amat menyelerakan, seperti Kuih terang bulan, Koci, Pisang Goreng, Mertabak dan lain - lain lagi. Kuih mueh berkenaan dijual dengan harga serendah RM 1.00 mengikut jenis kuih dan jumlah pembelian.
Selain daripada itu, sepetang di Pasar Malam Sinsuran dengan aktiviti santai sambil menikmati minum petang dan malam makan bersama keluarga dan rakan - rakan boleh dilakukan, Ini kerana di Pasar berkenaan terdapat restoran yang menyajikan masakan laut, seperti ikan, sotong, kerang dan sebagainya. Menu masakan lain seperti soto, nasi goreng, sayap, nasi campur juga boleh di dapati di Pasar tersebut.
Sekeliling Pasar Malam Sinsuran juga terdapat gerai - gerai yang menjual kerepek -kerepek, manik - manik serta kemudahan prasarana Masjid, station Teksi dan penginapan hotel.
Gambar Admin sendiri yang kebetulan berada di Pasar Sinsuran
0 Comments