JANGAN BERSANGKA BURUK!
کيت ليهت اءير لاءوت برورنا بيرو تاڤي بيلا کيت ليهت دري دکت اءيرث برورنا جرنيه.
”ليهت له کيت ماءنسي بتاڤ لمهث دالم منيلاي سسواتو.“.
جاڠن چڤت بربوروق سڠک کران بربوروق سڠک اکن ممبري کسن ڤد هاتي.
Kita lihat air laut berwarna biru 💧, tapi bila kita lihat dari dekat airnya berwarna jernih.
Lihat lah kita manusia betapa lemahnya dalam menilai sesuatu.
Jangan cepat bersangka buruk kerana bersangka buruk akan memberi kesan pada hati.
[ Ustaz Ismail Al-Bakabi ]
Sumber : Facebook The Movie
Manusia hari ini suka bersangka-sangka.
Ada sangka baik.
Ada sangka buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Orang rileks disangka malas.
Orang berpakaian baru disangka menunjuk.
Orang berpakaian buruk disangka hina.
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sedikit disangka diet.
Orang yang senyum disangka mengejek.
Orang yang masam disangka merajuk.
Orang berbincang disangka mengumpat.
Orang yang diam disangka menyendiri.
Orang yang menawan disangka menggoda.
Orang yang ceria disangka mengada.
Orang yang bertanya disangka menyibuk.
Hakikatnya, mana tahu.
Yang senyum itu kerana bersedekah.
Yang masam itu kerana mengenang dosa.
Yang berbincang itu memberi pendapat.
Yang diam itu kerana beribadah.
Yang menawan itu bersih wataknya.
Yang ceria itu cerdas mindanya.
Yang bertanya itu prihatin orangnya.
Justeru, sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka.
Allah berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.
Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?".
Al-Hujuraat 49:12.
"Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."
Umar bin al-Khattab r.a
Sumber: Jentik Hati & Pinterest
0 Comments