MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kisah Ustaz Kazim Elias Di Santau




USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU

Tahun 1997, Ustaz Kazim Elias balik daripada qiamulail dan kuliah subuh. Sampai sahaja ke rumah dalam pukul 9.00 pagi  kepala Ustaz Kazim terasa pening dan badan menjadi lemah. Kemudian Ustaz Kazim muntah. Keluar segala isi dalam perut beserta darah, penuh dalam baldi dan besen. Bergegas beliau dibawa pergi hospital, namun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengatakan ini cuma jangkitan virus.

Bila balik rumah keadaan semakin membarah semakin sakit, serba serbi rasa tidak kena. Tak boleh makan, sakit tekak tak boleh bercakap, tak boleh tidur, tak boleh pakai baju, tak boleh disentuh, rasa seperti dihiris dengan buluh dan sembilu yang tajam. Kena angin daripada kipas pun tak boleh. Setiap petang akan ada lembaga perempuan akan datang depan rumah dekat pintu tersengih sambil memaki.

“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”.

Yang menjadi kehairanannya lembaga itu tidak kelihatan pada orang lain. Hanya ustaz seorang je nampak. Semakin hari badannya semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata kena ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.

Kemudian suatu malam ustaz bermimpi. Telah datang seorang alim datang dalam mimpi itu, kopiahnya putih, pakaiannya serba putih berdiri dihadapannya.

“Kazim, orang sihirkan kamu, sabar... Besok kamu cari 7 jenis bahan ini, kamu ramuankan dalam air dan kamu mandi” InsyaAllah katanya, Allah SWT akan bagi kesembuhan.

Kemudian dalam mimpi itu juga, orang alim itu telah ambil satu paku dan lemparkanya pada dinding, keluar satu gambar. Dia ambil satu demi satu paku dan dia lempar ke dinding beberapa kali lagi, sehingga keluar gambar cukup 6 orang, 1 perempuan 5 lelaki. Menurut orang alim tersebut, inilah dia orang-orang yang telah menyihirkan kamu.

4.30 pagi ustaz tersedar dan minta isterinya menyalin dan carikan 7 bahan tersebut  untuk dibuat mandi.

Pukul 9 ustaz dimandikan, pukul 11 Ustaz sudah boleh bersila, boleh bercakap dan mula berselera untuk makan nasi dan mendukung anaknya yang ketika itu baru berusia 8 bulan. Syukur keadaan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah...

Namun kesenangan itu tidak lama,

Suatu petang pula, ketika ustaz menjamah nasi yang disediakan isterinya. Masuk sahaja suapan yang ketiga, tiba-tiba nasi yang dalam suapannya menguit guit ada ulat. Bila buang ke lantai ia bertukar menjadi nasi, bila pegang di tangan jadi ulat semula. Padahal nasi itu baru sahaja dimasak oleh isterinya. Ujian kali ini ini lebih teruk. Sehingga tak boleh kencing, tak boleh nak tidur. Berpuluh puluh pengamal perubatan dan ustaz namun tiada keserasian. Tahapnya hampir nazak sehingga orang masjid datang bacakan yassin.

Sepanjang usaha dia berdakwah, banyak kali Ustaz disihirkan, 4-5 kali. Sehinggakan apabila ustaz pergi memberi ceramah, terpaksa membawa pek air kencing sendiri yang disebalik jubah disebabkan sakit yang ditanggung. Bila nak bersiap untuk pergi mengajar beliau akan jatuh pengsan.

Sehingga suatu hari datang seorang kiyai dari Indonesia datang melawat dan merawat.

“Saya datang ke sini mahu ubatin bapaknya Kazim” ujarnya. Ustaz pun mengizinkannya.

Dalam pukul 12 tengah malam. Si kiyai mengerjakan solat, kemudian sesudah itu dia membaca beberapa potongan ayat Quran.

“Berikan aku cangkul”.

Kiyai tersebut kemudian berjalan dan kemudiannya berhenti. Dia terus mengali sesuatu di hadapan rumah, setelah beberapa waktu, dia mengeluarkan sesuatu. Bila diperhati ianya bangkai anjing yang sudah membusuk.

“Inilah sihirnya, saya permisi dulu”.

Kiyai tersebut menjelaskan apa yang terjadi. Yang misterinya, Ustaz Kazim tak mengenali siapa kiyai tersebut dan sehingga kini tak pernah berpeluang untuk berjumpa lagi. Sejak mengalami serangan demi serangan, ustaz mula mendalami perubatan islamik sebagai perlindungan diri.

2001, ketika Ustaz mahu berpindah. Datanglah pasangan suami isteri bertandang ke rumahnya. Ketika itu Ustaz Kazim mahu berpindah rumah. Perabot yang ada sudah dibawa, terpaksalah mereka bersila sahaja di lantai.

“Masuklah abang”.

“Ustaz sebenarnya kami datang nak minta maaf, sebenarnya sayalah yang telah menyihirkan ustaz”.

“Mana lagi 4 orang?”

“Ustaz tahu kami berenam?” Terkejut apabila ustaz mengetahui bilangan sebenar mereka dengan tepat.

Apabila dijelaskan, mereka sanggup mengupah RM30000 pada seorang bomoh untuk mengenakan santau pada ustaz. Lagi 4 orang itu segan dan malu untuk datang bertemu dengan ustaz untuk meminta maaf.

“Abang, kalau abang tak datang minta maaf, Saya dah lama maafkan dunia akhirat, bukan setakat abang suami isteri berdua, yang 4 orang itu pun saya dah maafkan, sikit pun saya tak simpan dalam hati”.

Walaupun habis beribu, nazak separuh mati, dibedah sana sini, doktor tak berjumpa punca penyakit, ustaz tetap sudi memaafkan mereka. Kerana dia percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Terharu dengan keikhlasan Ustaz, si suami memeluk ustaz dengan erat. Sejak daripada itu pasangan tersebut  bertaubat dan menadah kitab dengan ustaz Kazim. Mana ustaz ceramah, mereka dihadapan. Malah menjadi pemandu pada ustaz Kazim apabila mahu pergi berceramah. Sampai anak pasangan mereka kahwin ustaz dijemput, cucu mereka cukur jambul ustaz yang cukurkan dan sampailah pasangan itu mati ustaz yang talkinkan.

Kini tahun 2020, daripada 6 orang yang terlibat, 4 orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal 2 orang yang masih hidup.

Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu seperti perempuan dalam pantang. Beliau juga berpantang tak boleh makan nanas, daging kambing, limau nipis, tak boleh minum air tebu, tak boleh makan rebung, benda-benda yang tajam, kerana jika dimakan juga, sakitnya akan kembali.

Antara hikmah kejadian tersebut, ustaz banyak mendalami perubatan islamik sebagai pelindung diri.

Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).

1. Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud ‘Innitawakal...’
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah, ayat 128-129  ‘Laqadjaakum...’

InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir.


Kredit : Datuk Ustaz Kazim Elias

Foto : Gambar Ustaz Kazim ketika muda mengendong anaknya, 8 bulan selepas diserang sakit misteri pada tahun 1998.


Admin: Semoga kisah Ustaz Kazim Elias  ini dijadikan pengajaran dan iktibar. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dan dijauhi sifat yang keji dan buruk. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum.
    saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit boleh diganggu tidak kira masa.
    Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kel.
    tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Sy tidak menyangka boleh jadi seperti ini. Allahuakbar.. sabarlah ustaz 😭sy jgk sedih knplah org begitu kejam kpd ustaz 😭

    ReplyDelete