Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi Pengiktirafan oleh The World Brand s Foundation sebagai pemenang Anugerah BrandLaureate & Anugerah BrandLeadership Cemerlang 2020.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Ketua Pengarah KKM , Datuk Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah dalam satu majlis.
Datuk Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua barisan hadapan & mereka yang telah bekerja dibelakang tabir
"Kami berada di sini bukan kerana populariti tetapi untuk melindungi rakyat," ucap @DGHisham.
Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, YBhg Tan Sri Rainer Althoff kepada Dr Noor Hisham.
Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham menerima anugerah The BrandLaureate Awards - Outstanding BrandLeadership Award 2020 sebagai pengiktirafan kepimpinan beliau dan cabaran dilalui untuk mendorong rakyat mendepani #COVID19 melalui pelbagai inisiatif.
Anugerah The BrandLaureate Award - Certificate of Recognition and Appreciation oleh The World Brands Foundation atas peranan membendung dan mengekang penyebaran #COVID19.
Sumber : @DGHisham & @KKMPutrajaya
0 Comments