MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jom Ke Restoran Kampung Nelayan, Bukit Padang, Kota Kinabalu



Sekirannya anda ingin makan makanan laut bersama keluarga, rakan kerja, sahabat atau berkumpulan, Restoran Kampung Nelayan yang terletak di Bukit Padang, Kota Kinabalu adalah salah satu tempat yang perlu dikunjungi bagi menikmati makan malam berasaskan makanan laut.


Restoran ini terletak di atas air dan ikan talapia yang banyak sebagai hiasan mata serta kawasan di sekelilingnya adalah laluan untuk  berjogging dan tempat ini tidak asing lagi kepada mereka yang gemarkan aktiviti berjogging menjadi amalan harian/hujung minggu, boleh dikatakan 2 in 1 (Restoran dan berjogging)



Restoran ini beroperasi bermula jam 6.00 petang - 10.00 malam dan menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, isi ikan, isi sotong, lokan laut, tiram, bebola ikan dan beberapa jenis lagi. Isi ayam dan isi daging lembu turut disediakan.

Harga bagi setiap individu/kepala RM40 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak. Kaedah atau cara adalah secara buffet (nasi goreng, mee goreng, nasi putih/kosong) dan steamboat (pilih dan ambil udang@isi ikan@isi sotong@ dan yang disediakan) masak secara steambot.




Bagi kanak-kanak ais krim juga ada disediakan disamping minuman ABC sebagai penutup makan malam.

Bagi muslim adalah disyorkan untuk makan di restoran ini selepas solat Maghrib kerana restoran ini tidak ada menyediakan Surau, tetapi restoran ini berdekatan dengan Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang. Jarak restoran ini dengan Masjid Nurul Hikmah tidak jauh hanya cuma mengambil masa 3- 4 minit menggunakan motosikal/kereta.



Sekiranya ingin info lanjut dan bercadang makan malam di Restoran Kampung Nelayan untuk membuat tempahan meja boleh berhubung melalui talian 088-231003


Sumber: Admin telah ke Restoran Kampung Nelayan bersama keluarga untuk menikmati makan malam.

Post a Comment

0 Comments