Sekirannya anda ke Pitas, Sabah jangan lupa untuk singgah sebentar di Pitas Bay View ia itu sebuah lokasi/kawasan pelancongan bagi menikmati pemandangan laut dan pantai yang menyegarkan mata memandang di samping pokok yang menghijau.
Pitas Bay View, berhampiran Dataran Bengkoka hanya kurang lebih 1 Kilometer jarak di antara lokasi. Melimpasi/melalui Dataran Bengkoka terlebih dahulu sekirannya perjalanan bermula dari Kota Marudu.
Sesuai dengan nama Pitas View Bay dalam bahasa melayu bermaksud Pemandangan Teluk Pitas sebuah menara peninjau/pemerhati dibina setinggi 2 tingkat bagi membolehkan pelawat/pelancong untuk melihat keindahan teluk dan pantai Pitas yang menyegarkan mata memandang melalui menara ini. Aspek keselamatan perlu diutamakan apabila menaiki menara ini bagi ibu bapa perlulah memantau dan membimbing anak-anak sekirannya ingin melihat suasana pemandang an dari menara ini.
Sekitar pemandangan di Pitas Bay View ini bersama angin sepoi-sepoi bahasa memberikan keselesaan dan nyaman dirasai.
Di pintu masuk utama sebelum ke Pitas Bay View tersedia Restoran Sea Food dan Kedai Runcit bagi pengunjung/pelawat/pelancong untuk menikmati makan tenghari dan membeli barang runcit sekiranya ada keperluan.
Di bawah dikongsikan video pemandangan sekeliling melalui 180 darjah sekitar Pitas Bay View.
Sumber: Admin
0 Comments