MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Isu Pemandu Mabuk: Cadangan Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)




Setelah Kabinet bersetuju secara prinsip pada 24 Jun 2020 lalu berhubung cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 bagi menangani masalah pemanduan di bawah pengaruh dadah, alkohol atau pemanduan merbahaya, sukacita saya memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara baru saja memuktamadkan beberapa perkara sepertimana keputusan Jemaah Menteri pada 24 Jun lalu.

Draf Rang Undang-Undang ini perlu disahkan oleh Kabinet kelak dan kemudiannya akan dibentangkan ke dalam persidangan Parlimen yang akan datang yang berlangsung dari 13 Julai 2020 hingga 26 Ogos 2020. Mudah-mudahan, kita akan mendapat sokongan Dewan untuk meluluskan undang-undang yang lebih tegas bagi melindungi para pengguna jalan raya.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan terus melakukan advokasi kepada orang ramai supaya menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab menerusi pendidikan. Masanya telah tiba untuk memberi pengajaran tegas kepada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu Kerajaan serius untuk meminda Akta 333 ini.

Sekali lagi, saya ingin mengulangi bahawa masyarakat juga harus bersama memainkan peranan dalam usaha mencegah pemanduan secara melulu atau mabuk. Ini adalah sebahagian daripada sokongan masyarakat yang sangat diperlukan untuk mencegah dan memerangi penyakit sosial ini yang mengabaikan keselamatan diri dan juga orang lain di jalan raya.

Kerajaan turut memandang serius berhubung kegiatan 'basikal lajak' atau kegiatan yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau bahkan meragut nyawa. Sebahagian daripada cadangan pindaan Akta 333 ini juga ada memperincikan perkara ini.

Sumber: www.astroawani.com dan JPJ

Post a Comment

0 Comments