MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hagia Sophia Istanbul, Turki Di Istiyharkan Sebagai Masjid & Bermulanya Solat Jumaat Semula



Muzium Hagia Sophia (Aya Sofya) yang terletak di Istanbul ,Turki kini telah diistiyharkan semula sebagai Masjid Hagia Sophia apabila berkumandangnya azan pada 10 Julai 2020.





Kali terakhir azan di Hagia Sophia adalah pada 1 Februari 1935 dan selepas itu dijadikan Muzium semasa pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk.

Hagia Sophia juga dikenali dengan nama Aya Sofya telah dibina pada tahun 537 Masihi / Tahun 1204 sebagai Gereja Katedral Ortodoks oleh Tentera Salib, kemudian diubah menjadi Gereja Katedral Roman Katolik oleh Kaisar Latin Konstantinopel.


Pada tahun 1453 Sultan Muhammad Al-Fatih telah membeli Hagia Sophia dan membina pengganti Gereja Katedral di lokasi yang tidak jauh dari Hagia Sophia.

Pada 29 Mei 1453 Hagia Sophia telah dijadikan Masjid sehingga 1 Februari 1935.


Pada Tahun 2020 dalam pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan, beliau telah meletakkan semula Hagia Sophia sebagai Masjid seperti mana dalam pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih.



Kridet: Azzam Mujahid dan Instagram hagiasophiamuseum




Tanggal 24 Ogos 2020 bersamaan hari Jumaat bermulanya solat Jumaat pertama (selepas 86 tahun) dilaksanakan di Masjid Hagia Sophia, Istanbul, Turki.

Perkongsian gambar di atas menunjukkan persiapan akhir yang dibuat di dalam Masjid Hagia Sophia.

Kridet: Astro Awani & FB rizal hakim




Sebuah skrin besar ditempatkan di perkarangan Masjid Hagia Sophia bagi membolehkan ribuan jemaah mengikuti khutbah jumaat yang sedang berlangsung.

Hanya 500 jemaah yang dibenarkan solat di dalam Masjid.


Kridet: @mehmet.izudin.gul

Post a Comment

0 Comments