DUBAI: : Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya melancarkan kapal angkasanya dalam Misi ke Marikh awal pagi tadi.
Kapal angkasa Hope dilancarkan dari pangkalan Tanega-Shima di Jepun pada jam 6.58 pagi waktu tempatan (5.58 pagi waktu Malaysia).
Misi penerokaan yang akan mengambil masa tujuh bulan ini adalah bagi mengkaji cuaca dan iklim di Marikh.
Hope dijadual tiba di Marikh pada Februari 2021, tahun UAE rai ulang tahun penubuhannya yang ke-50.
Dua cubaan pelancaran sebelum ini gagal kerana masalah cuaca.
Kejayaan misi ini akan jadi langkah besar buat UAE yang meneroka potensi dalam bidang angkasa.
Selain UAE, turut melancarkan misi ke Marikh adalah Amerika Syarikat (AS) dan China.
Sumber: www.astroawani.com
Hope atau dikenali juga sebagai kapal angkasa 'Al-Amal'.
Sekiranya berjaya, UAE akan jadi negara ke-5 selepas US, Soviet, Eropah & India untuk sampai ke Marikh.
Sarah binti Yousif Al Amiri, berumur 33 tahun adalah Ketua Majlis Saintis Emiriah Arab Bersatu dan Timbalan Pengurus Projek Misi Mars Mars. Dia adalah Menteri Negara untuk Sains Lanjutan di Kabinet Emiriah Arab Bersatu dan Ketua projek bagi misi ini.
Sumber: Wikipedia & Internet
0 Comments