BILAKAH #TAKBIR #AIDILADHA #BERMULA?
Ketahuilah bahawa Malam ini merupakan Malam Arafah yg merupakan malam yg Maqbuliyyat.. Sehinggakan di nukilkan di dalam Kitab At-Targhib (Juz2/ms98).
أحيا الليالي الخمس وجبت له الجنة ليلة التروية وليلة عرفة وليلة النحر وليلة الفطر وليلة النصف من شعبان
الترغيب والترهيب ج2/ص98.
" Allah akan mudahkan Jalan ke syurga bagi mereka yg menghidupkan 5 malam dgn amalan: Malam Tarwiyyah 8 Zulhijjah, Malam Arafah 9 Zulhijjah, Malam Nahar Aidiladha 10 Zulhijjah,Malam Aidilfitri dan Malam Nisfu Syaban" ..
Usahakanlah untuk mghidupkan malam ini dgn amal.. Usahakanlah untuk solat isyak dan subuh dgn berjemaah di Masjid.. Mndpt ganjaran beribadah sepanjang-panjang malam.. Allahuakbar..
Ada galakkan memperbanyakkan Zikir menyebut nama Allah di Hari² yg Mulia lagi Barakah,
Firman Allah SWT berikut menjadi dalil
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ.
Maksudnya: " Dan supaya menyebut nama ALLAH pada hari-hari yang dimaklumi."
(Surah Al-Hajj)
Terdapat riwayat Hazrat Imam Ibnu Al-Musayyab , daripada Hazrat Abu Hurairah, Rasulullah Saw bersabda:
مَا مِن أَيَّامٍ من أيام الدٌّنْياَ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ أَنْ يُتَعَبّدَ له فيها من أيام العَشْرِ، يَعْدِلُ صِيامُ كُلُّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامِ كُلُّ لَيلةٍ مِنْهَا بقيام ليلة القَدْرِ.
"Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibadah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun dan Qiamullail setiap malamnya menyamai Qiamullail pada malam Al-Qadr."
Riwayat al-Tirmizi (758) Ibnu Majah (1728).
Juga riwayat Ibnu Abbas R.A, iaitu :
وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ.
Maksudnya : " Dan amalan yang dikerjakan dalam tempoh ini akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali”.
Takbir Raya bermula Selepas Subuh esok.. Iaitu selepas subuh hari Khamis 30 Julai yg merupakan Hari Arafah 9 Zulhijjah 1441.
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ.
Sesungguhnya Rasulullah Saw bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13 Zulhijjah)
(Riwayat Al-Hakim : 1111)
Takbir Raya bagi Aidiladha bermula daripada Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah).
Ini merupakan pendapat Hazrat Imam Nawawi yang terdapat di dalam Kitab Tashih, Majmu', Al-Azkar dan Raudhatut Talibin.Juga terdapat di dalam Kitab Munyatul Musolli.
Usahakanlah untuk berpuasa esok hari yg merupakan Hari Arafah.
Dari Abu Qatadah R. A, Rasulullah Saw pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, kemudian Baginda Saw menjawab:
“Puasa itu (puasa hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim).
Dari Abu Qatadah. Rasulullah Saw bersabda Puasa arafah seperti puasa dua tahun dan puasa ‘asyura sama seperti puasa setahun. (HR Ahmad No: 21568).
Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: ” Puasa hari ‘Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” (HR Tirmizi No: 680).
Rasulullah Saw bersaba :
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة.
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Taala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari Arafah.”
(HR Muslim).
Maka minta lah Taubat sungguh² kepada Allah dgn tangisan agar kita di ampunkan dan tergolong di kalangan mereka yg di bebaskan dari azab api neraka.. Allahuakbar..
Doa sgt² maqbul pada Hari arafah iaitu di Medan Padang arafah.. Seandainya mendapat berita kenalan yg menetap di Mekah menunaikan Haji.. Kirimkan doa pada mereka minta di doakan.
Di malam yg mulia dan hari yg Barakah ini perbanyakkan lah Dakwah, Taklim, Ibadah, khidmat.
Perbanyakkan Bacaan Al-Quran, wirid, zikir,Bersedekah, meminta maaf dan memaafkan, jamu dan beri org
makan walaupun secawan air,elakkan diri dari berkata dan melakukan perbuatan yg sia² apatahlagi mengata dan memburukkan org lain,ringankan wajah ukirkan senyuman,jaga akhlak khususnya perbuatan dan percakapan, banyakkan berdoa di waktu Maqbuliyyat ini..
Sebarkan dan berilah ingatan pada semua agar tiada siapa pun khususnya di kalangan keluarga kita dan kenalan kita yg terlepas mendapat keberkatan dan ganjaran yg besar di malam yg mulia ini.. InsyAllah.. Semoga Allah terima kita semua insyAllah.
Us khann Daie
Muhajir Madani
0 Comments