MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalan Untuk Mudah Mendapat Syafaat Rasulullah SAW Di Padang Mahsyar



Amalan untuk mudah mendapat syafaat Rasulullah di Mahsyar

Di Mahsyar nanti terdapat berbagai syafaat atau pertolongan dengan izin daripada Allah. Namun, syafaat yang paling utama atau syafaatul uzma ialah syafaatnya Rasulullah s.a.w. 

Bagaimana cara menggapai syafaatnya Rasulullah s.a.w.

1. Banyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w terutama pada hari Jumaat kerana Rasulullah pernah menyebutkan, 

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
ً
Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (HR al-Baihaqi)

2. Mencintai Rasulullah s.a.w

 حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حماد بن زيد عن ثابت عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ

Sulaiman bin Harb telah menyampaikan kepada kami, dia mengatakan, ‘Kami diberitahu oleh Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Anas r.a ,dia mengatakan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasûlullâh s.a.w tentang hari kiamat. Orang itu mengatakan, ‘Bilakah hari kiamat itu?’ Rasûlullâh s.a.w kembali bertanya, ’Apa yang telah engkau persiapkan untuk hari itu?’ Orang itu menjawab, ‘Tidak ada, hanya saja sesungguhnya saya mencintai Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya s.a.w.’ Rasûlullah s.a.w bersabda, ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.’..

Untuk menggapai cintanya Rasulullah maka perlulah memulakan dengan mengenali Rasulullah s.a.w dengan belajar tentang baginda. 

3. Sentiasa berwudhuk.

Bagaimana Rasulullah s.a.w mengenali umatnya yang begitu banyak di hari kiamat? Ternyata Rasulullah s.a.w mengenali orang-orang yang beriman diantara seluruh umat manusia sebagai umatnya dilihat dari anggota yang bercahaya disebabkan oleh wudhuk yang sempurna.

Dari Abu Darda r.a, Rasulullah s.a.w Bersabda : "Aku adalah manusia pertama yang diberi izin untuk sujud pada hari kiamat, dan aku adalah manusia pertama yang diberi izin untuk bangun dari sujud, setelah itu aku memandang apa yang ada di hadapanku, aku mengenali umatku diantara umat-umat lainnya, di belakangku juga seperti itu, di sebelah kananku juga seperti itu dan sebelah kiriku juga seperti itu. Seseorang bertanya : "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau boleh mengenali umatmu di antara seluruh umat antara umat Nuh hingga umatmu ?" Baginda bersabda : "Mereka (Umatku) bercahaya keranaa wudhu, mereka tidak sama seperti yang lain, aku mengenali mereka diberi kitab dengan tangan kanan, aku mengenali mereka, dan keturunan mereka berjalan di hadapan mereka.” (HR Muslim) 

Dalam Hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda : "Umatku akan tampil pada hari kiamat, dengan wajah bersinar, tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhunya.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim) 

4. Berselawat 10 kali pagi dan petang.

من صلى عليَّ حين يصبح عشرًا ، وحين يمسي عشرًا ، أدركته شفاعتي يوم القيامة

“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).

Jadikan amalan-amalan diatas sebagai kebiasaan dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kelompok yang mendapat syafaatnya Rasulullah s.a.w.

Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Darul Faizin
@islamitu_indah

Infografik Pinterest

Post a Comment

0 Comments