Sahabat yang dihormati! Saya sertakan buat kalian
Panduan keibubapaan Islam:
1. Tidak mendidik anak dengan akhlak yang baik bererti kita telah buka ruang untuk perkara yang tidak baik.
2. Ibubapa yang berakhlak pasti akan berusaha melahirkan anak yang berakhlak juga, bagaimana acuan begitulah kuihnya, guru kencing berdiri anak murid kencing berlari, kepimpinan melalui teladan.
3. Seorang ibu adalah pusat latihan bagi hubungan anak dan insan yang terdekat dengannya manakala seorang ayah adalah pusat latihan bagi anak dan hubungannya dengan dunia luar.
4. Jika anak liar, Jangan terus nak hukum atau terus nak beri pelajaran, tawanlah hatinya dulu, bina hubungan mesra, bina rasa percayanya, bagaikan menanam anak pokok, buanglah dulu tumbuhan asing disekelilingnya sebelum mula menyiram dan membaja.
5. Hubungan seorang anak dan ibunya adalah penentu bagaimana dia akan berhubung dengan insan -insan yang dekat dengannya nanti.
6. Kukuhnya hubungan anak dan ayah akan membina hubungan anak itu dengan masyarakat luarnya.
7. Amalkan syura atau mesyuarat dengan anak-anak, berbincang dan bertukar pandangan akan meningkatkan sepakat dan menjana kematangan mereka berfikir.
8. Amalkan sunnah nabi dalam rumah kita kerana suatu masa dulu sunnah nabi muncul untuk membina tamadun insan dan melenyapkan kejahilan zaman jahiliyah.
9. Pandanglah wajah anak-anak seolah-olah itu pandangan terakhir kita.
10. Bina akhlak dalam keluarga nescaya terbina akhlak di bumi mana sahaja anak kita berpijak.
Sumber: Ustazah Isfadiah (Official) & Pinterest
0 Comments