𝐏𝐑𝐀𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐑𝐀𝐁𝐔 𝐈𝐍𝐈, 𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟎
Menjelang pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan & swasta, yang dijadual bermula Rabu ini (1 Jul), ibubapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak-anak selepas lebih 3 bulan tdk ke sekolah.
Pihak pengurusan memainkan peranan utama memastikan pusat pendidikan itu bersedia, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan si cilik, semasa waktu pembelajaran.
Aspek jarak sosial, pergaulan murid serta kebersihan sekolah perlu diberi perhatian, apa lagi melibatkan kanak-kanak yang sentiasa aktif dan gemar melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Diharapkan pihak pengurusan, guru dan ibu bapa dapat mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan anak-anak.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
Infografik : Kementerian Kesihatan Malaysia
0 Comments