MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pendaftaran Online Solat Jumaat Di Masjid Negeri, Kota Kinabalu Sabah Semasa PKPP



ASSALAMUALAIKUM WRT. WBT & SALAM SYAWAL ( PKPP )
Pendaftaran Online Jemaah Solat Fardhu Jumaat dan Solat Fardu Lima Waktu


https://forms.gle/fAgpvuoVfxFmCLMv7

Makluman kepada para muslimin & muslimat link 👆ini adalah untuk mendaftar secara on line ( Jemaah Solat Fardu Jumaat di Masjid Negeri Sabah ( MNS ) bagi memudahkan pihak Masjid menyenaraikan butir2 para jemaah yang ingin Mengerjakan Solat Fardhu Jumaat / Melalui Whatsapp di talian di bawah ini, Selepas Nama Jemaah disenaraikan, Jemaah hanya memaklumkan kepada pihak petugas  ( NO Giliran Nama sahaja sebelum diambil Suhu Badan )

- Sebarang Pertanyaan Hubungi Admin Pendaftaran (0199690408)

Butiran yang diperlukan ;*
- Nama Penuh
- No Ic
- Umur
- No HP

- Tarikh :* 19 Jun 2020 / 27 Syawal 1441.
- Hari :* Jumaat 
- Masa Mendaftar :* Bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 ptg ( Hari Khamis )
- Jumlah Jemaah ( Mengikut kemampuan pihak MNS mematuhi SOP ) : Seramai 500 orang jemaah sahaja.

- Kepada Jemaah Muslimin yang ingin Solat Fardu Jumaat di ( MNS ) bolehlah mendaftar  sekarang, kerana fasa pertama ini pihak ( MNS ) akan hadkan buat sementara waktu, untuk 500 jemaah sahaja kerana kemampuan pihak pengurusan akan menguatkuasakan SOP dengan sepenuhnya.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran Solat Fardu Jumaat ini, bolehlah berhubung terus dengan pihak Masjid Negeri Sabah.

Sekian, Terima Kasih & Selamat PKPP daripada pihak Pengurusan Masjid Negeri Sabah & JHEAINS Kota Kinabalu,Sabah.


Sumber: WhatsApp


Terkini 02 Julai 2020

ASSALAMUALAIKUM WRT. WBT

JEMPUTAN KEPADA JEMAAH YANG DIMULIAKAN ALLAH S.W.T UNTUK MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT.
- PADA TARIKH : 3 JULAI 2020 / 11 ZULKAEDAH 1441H

Saya mewakili semua Staf & AJK Masjid Negeri Sabah, ingin memaklumkan minggu ini ada sedikit perubahan berkenaan pendaftaran online kerana meraikan kepada semua umat islam dapat mengerjakan Solat Fardhu Jumaat dalam keadaan tenang dan sempurna.

- Berita baik buat semua Jemaah yang ingin Solat Fardhu Jumaat dalam keadaan kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikkan, diantara pendekatan minggu ini ;

1. Insyallah, Jumaat ini MNS akan membuka seluruh ruang dalam masjid, bahagian ruang utama atas & bawah seluruh foyer untuk menerima jemaah bagi Solat Fardhu Jumaat.

2. Oleh sebab jumlah akan dijangka 1,500 orang jemaah, maka kami akan melaksanakan Sistem Berkupon sebanyak ( 1,500 Walk In ) dan First Come First Serve.

3. Walau bagaimanapun jemaah akan dinasihatkan agar terus terikat dengan SOP seperti ;
- Berwuduk dari rumah 
- Memakai mask 
- Membawa sejadah sendiri.

4. Pengambilan Kupon akan diberi oleh staf yang bertugas, bermula pada : Jam11.00am, sewaktu jemaah melalui pintu pagar masuk kemasjid dan kupon akan diserahkan balik sewaktu pendaftaran nama serta imbasan suhu diruang yang di sediakan oleh pihak MNS

5. Jemaah yang DIBENARKAN hadir adalah berumur daripada 15 tahun dan ke atas dengan syarat sihat dan tiada penyakit kronik.

Sekali lagi saya mewakili semua Warga MNS & JHEAINS, menjemput semua umat islam untuk solat jumaat pada minggu ini.

Semoga Allah memberkati kita dan segalanya dipermudahkan  dan Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Allahumma Amiiin..

WASALLAMUALAIKUM WRT. WBT.

DARIPADA;
IMAM BESAR MASJID NEGERI SABAH

# KITA JAGA KITA👌

Admin PMNS


Post a Comment

0 Comments